Geologi am dan sedimentologi jujukan neogen di kawasan Dumpas

Mohd Baba Mok (2014) Geologi am dan sedimentologi jujukan neogen di kawasan Dumpas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Geologi am dan sedimentologi jurukan neogen di kawasan Dumpas.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

"Kawasan kajian terletak di tenggara Sabah laitu di kawasan Ladang Dumpas. Kawasan kajian ini berkeluasan 120 km2 (10 km x 12 km). Koordinat kawasan berada dalam julat latitud 4°24'U sehingga 4°31'U dan longitud 117°407 sehingga 117°45T. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji geologi am dan sedimentologi ]ujukan Neogen yang terletak di kawasan kajian. Kaedah kajian merangkumi analisis geologi struktur, analisis fosil, pemerhatian lapangan, analisis keratan nipis, dan analisis salz butiran menggunakanp erisianI mage-7J. ujukanN eogend i kawasani ni terdiri daripada Formasi Kalabakan, Melange, dan Formasi Umas-Umas. Formasi Kalabakan telah diendapkan semasa Miosen Awal dan menerima cangaan tektonik bertren timur laut-barat daya. Melange pula diendapkan pada Miosen Tengah dan membentuk formasi hancur. FormasiU mas-Umasd iendapkanp ada MiosenA khir dan menerimac anggaant ektonik bertren timur laut-barat daya. Analisis fasies telah dilakukan pada unit batuan Formasi Umas-Umasb erdasarkans truktur sedimend an litologi. Fasiesd ikelaskank epadab atu pasir berlaminasi silang planar, batu pasir berlapisan silang Swaley, batu pasir berlapisan silang Hummocky, batu pasir berlapisan silang Swaleydan Hummocky, dan batu pasir nipis berselang lapis dengan batu lumpur. Jujukan menegak dalam formasi ini terdiri daripadaju jukan menghalusk e atas dan jujukan mengkasark e atas.J ujukan mengkasar ke atas adalah lebih dominan daripada jujukan menghalus ke atas. Asosiasi fasies dalam FormasiU mas-Umaste rdiri daripadaa sosiasid epan pantai, muka pantai atas, muka pantal tengah, muka pantai bawah, dan neritik atas. Analisis fasies yang dijalankan menunjukkanb ahawa Formasi Umas-Umaste rbentuk pada muka pantai. Penentuan sekitaran tersebut ialah berdasarkan kehadiran struktur sedimen yang menggambarkan sekitaran bertenaga tinggi. Sekitaran pengendapan Formasi Kalabakan ditentukan sebagai sekitaran laut cetek berdasarkan struktur Hummocky, litologi, dan kandungan fosil. Analisis petrografi menunjukkan bahawa batu pasir daripada Formasi Kalabakan dan Formasi Umas-Umas berjenis sublitarenit. Butiran batu pasir Formasi Kalabakan berbentuk sub-bersudut dan memiliki kesferaan yang rendah sementara butiran Formasi Umas-Umas berbentuk sub-bulat dan memiliki kesferaan yang rendah. Batu pasir daripada kedua-dua formasi ini berasal daripada orogen kitar semula. Batu pasir daripada kedua-dua formasi ini juga menunjukkan kematangan kimia yang tinggi berdasarkan kandungan mineral feldspar yang sangat sedikit dan matang dari segi tesktur berdasarkan kandungan matriks yang sedikit. Analisis salz butiran batu pasir Formasi Kalabakan menunjukkan nilai mod Phi 4 dan memiliki julat sisihan piawai 0.79-0.88. Butiran dalam formasi ini juga memiliki kepencongan negatif. Bag! Formasi Umas-Umas, analisis saiz butiran menunjukkan nilai mod Phi 3 dan memiliki julat sisihan piawai 0.89-1.30. Butiran dalam formasi ini memiliki kepencongan negatif. Kesimpulannya, Jujukan Neogen di kawasan kajian terdiri daripada Formasi Kalabakan, Melange, dan Formasi Umas-Umas. Formasi Kalabakand an FormasiU mas-Umasd iendapkanp adas ekitaranl aut cetek dan memiliki kematangan yang tinggi dari segi kimia dan fizikal.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Geology, sedimentology , Neogenic Sequencein
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 27 Nov 2017 09:56
Last Modified: 27 Nov 2017 09:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17645

Actions (login required)

View Item View Item