Geologi am dan sifat kejuruteraan batuan volkanik di kawasan Apas-Balung Tawau,Sabah

Muhammad Ridzuan Che Din (2014) Geologi am dan sifat kejuruteraan batuan volkanik di kawasan Apas-Balung Tawau,Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
GEOLOGI AM DAN SIFAT KEJURUTERAAN BATUAN VOLKANIK.pdf

Download (797kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijatankan untuk membincangkan sifat-sifat kejuruteraan batuan volkanik iaitu batuan basalt, batuan andesit dan batuan dasit yang dikawal oleh gred luluhawa III dan IV. Kawasan kajian terletak di sepanjang kawasan Apas-Balung, Tawau yang dibatasi oleh garis latitud 04° 19' U sehingga 04° 25' U dan garis longitud 118° 02' T sehingga 118° 08' T dengan anggaran keluasan 100 km persegi. Kawasan kajian meliputi tiga unit batuan iaitu batuan andesit dan batuan dasit yang berusia Pliosen, batuan olivin basalty ang berusiaL ewat Pleistosend an endapana luvium Kuartemari. Puncak tertinggi terletak di Utara kawasan kajian dengan ketinggian 300 m dari aras laut selain daripada Bukit Kawa yang berketinggian 274m. Kawasan kajian disaliri tiga sungai utama iaitu Sungai Balung, Sungai Kawa dan Sungai Nasib Kita. Analisis geologi struktur menunjukkan tren canggaan berarah Timur Laut - Barat Daya. Hasil analisis makmal menunjukkan peratus kandungan kelembapan yang tinggi pada andesit dengan 0.30 - 1.37%, dasit dan basalt dengan 0.33 - 1.01% dan 0.10 - 0.14% masing-masingp ada gred III dan IV. Ketumpatanb asalt bagi kedua-duag red dikelaskan sebagai tinggi dengan nilai sebanyak 2.74 - 2.70 g/cm3 manakala andesit dan dasit dikelaskan sebagai sederhana dengan ketumpatan masing-masing di antara 2.50 - 2.23 g/cm3 dan 2.43 - 2.37 g/cm3. Keporosan andesit dan dasit menunjukkan julat 1.11 - 2.60 % dan 1.18 - 2.34% yang mana kedua-dua sampel dikelaskan sebagai rendah manakala basalt dengan keporosan berjulat 0.36 - 0.46% dikelaskan sebagai sangat rendah. Kekerasan pula menunjukkan julat bacaan 60.8 - 52.2 bagi basalt (tersangat keras) dan 47.3 - 40.1 bagi dasit (sangat keras) bagi kedua-dua gred luluhawa. Batuan andesit puta dikelaskan sangat keras bagi gred III dengan nitai kekerasan sebanyak 49.4 dan keras pada gred IV dengan 40.1. Nilai kekuatan mampatan unipaksi menunjukkan julat 234.00 - 213.12 MPa bagi basalt dan 192.56 - 107.76 MPa bagi dasit dimana pengelasan kekuatan adalah masing-masing tersangat kuat dan sangat kuat. Gred III batuan andesit diketaskan sebagai sangat kuat dengan nitai kekuatan mampatan unipaksi sebanyak 196.69 MPa manakala gred IV dikelaskan kepada kuat dengan nilai kekuatan sebanyak 96.57 MPa. Basalt menunjukkan kekuatan yang paling tinggi disebabkan susunan butirannya yang rapat dan padat, tekstur butiran yang lebih seragam diikuti kandungan kelembapan dan keporosan yang rendah serta ketumpatan dan kekerasan yang paling tinggi antara ketiga-tiga sampel. Batuan dasit juga menunjukkan kekuatan lebih tinggi daripada andesit disebabkan kandungan minerologinya yang mengandungi peratusan kuarza yang lebih banyak daripada andesit sebanyak 27%. Kuarza secara amnya lebih stabil dan tahan terhadap tindakan luluhawa menghasilkan pembentukan mikroretakan yang sedikit berbanding batuan andesit yang kaya dengan plagiokias yang secara amnya tidak stabil dan mudah teriuluhawa menjadi mineral lempung secara tidak langsung merendahkan kekuatan batuan. Kesimpulannya, peningkatan kandungan kelembapan dan keporosan serta penurunan ketumpatan dan kekerasan sampel mampu menurunkan kadar kekuatan batuan. Perubahan pada kelima-lima parameter ini adalah sangat berkait rapat dengan kandungan mineral, sususan antara butiran, pembentukan mikroretakan dan peningkatan kadar luluhawa pada sampel batuan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Volcanic racks, weathering
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 27 Nov 2017 10:01
Last Modified: 27 Nov 2017 10:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17654

Actions (login required)

View Item View Item