Kajian rintangan lipas terhadap umpan gel di Rizab Hidupan Liar Tabin

Nellcy Joseph (2014) Kajian rintangan lipas terhadap umpan gel di Rizab Hidupan Liar Tabin. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian rintangan lipas terhadap umpan gel.pdf

Download (677kB) | Preview

Abstract

Upas domisil merupakan serangga perosak yang harus diberi perhatian dalam program pengawalan serangga perosak manakala lipas hutan adalah antara serangga yang menyumbang dalam perkhidmatan ekosistem hutan. Asid borik adalah antara racun serangga bukan organik yang sering digunakan dalam pengawalan populasi lipas. Kaedah manual dan balang berumpan telah digunakan untuk persampelan lipas hutan dan lipas domisil. Ujian korelasi telah dijalankan untuk melihat korelasi antara spesies Periplaneta americana dan Rhabdoblatta sp. dengan kadar kematian, dan korelasi antara kepekatan asid borik 0.5%, 1.0% dan 2.0%, dengan kadar kematian. Perbezaan kesan asid borik terhadap lipas jantan dan betina bagi spesies Periplaneta americana dan Rhabdoblatta sp. telah dianalisa dengan mengira peratus pengurangan untuk kedua-dua jantina. Keputusan kajian menunjukkan tiada perbezaan kesan asid borik terhadap spesies Periplaneta americana dan Rhabdob/atta sp. Selain itu, terdapat korelasi positif antara pembolehubah kepekatan asid borik dan kadar kematian lipas. Tambahan lagi, tiada perbezaan kesan asid borik yang signifikan antara lipas jantan dan lipas betina untuk spesies Periplaneta americana dan Rhabdoblatta sp. Kesimpulannya, kematian lipas oleh asid borik bergantung kepada kepekatan asid borik dan asid borik sangat sesuai digunakan dalam pengawalan lipas perosak kerana tidak memudaratkan. kesihatan manusia, mesra alam dan kos efisien.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Domiciliary cockroach, Boric acid, Periplaneta americana and Rhabdoblatta sp.,
Subjects: Q Science > QL Zoology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 27 Nov 2017 10:01
Last Modified: 27 Nov 2017 10:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17658

Actions (login required)

View Item View Item