Nurlinah Manggor (2016) Pengetahuan, sikap dan amalan penduduk terhadap pengurusan sampah di kawasan pedalaman: kajian kes di Kampung Pantai Buring Sugut, Beluran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Pengetahuan, sikap dan amalan penduduk.pdf Download (12MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini mengkaji tentang pengetahuan, sikap dan amalan penduduk terhadap pengurusan sampah di kawasan pendalaman yang dijalankan di Kampung Pantai Buring Sugut, Beluran serta mengkaji hubungan di antara pemboleh ubah yang ada. Kajian ini dijalankan dengan pengedaran borang soal selidik yang berkaitan dengan pengetahuan, sikap dan amalan terhadap pengurusan sampah untuk pengumpulan data. Sebanyak 130 borang soal selidik yang telah diedarkan kepada penduduk di Kampung Pantai Buring secara rawak, tetapi hanya 126 borang soal selidik yang dapat digunakan kerana hanya 126 borang soal selidik yang dikembalikan dan dapat digunakan. Data yang telah didapati dianalisis menggunakan frekuensi, peratusan, min dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan penduduk mempunyai pengetahuan terhadap kesan pengurusan sampah yang tidak betul terhadap kesihatan. Penduduk juga menunjukkan sikap yang positif terhadap pengurusan sampah. Selain itu, majoriti penduduk juga menunjukkan amalan yang positif berkaitan dengan pengurusan sampah. Tahap pendidikan pula mempunyai hubungan yang sangat lemah dengan pengetahuan terhadap kesan pengurusan sampah. Terdapat hubungan yang sangat lemah di antara umur dengan sikap terhadap pengurusan sampah. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang lemah di antara tahap pendidikan dengan amalan berkaitan dengan pengurusan sampah. Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat dilihat beberapa faktor yang mempengaruhi aspek yang dikaji.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | knowledge, attitudes, practices, waste management, rural area |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 27 Nov 2017 09:50 |
Last Modified: | 27 Nov 2017 09:50 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17669 |
Actions (login required)
View Item |