Pengurusan tapak pelupusan mapan melalui pendekatan kitar semula di Sabah

Abdul Hair Beodu Asis (2016) Pengurusan tapak pelupusan mapan melalui pendekatan kitar semula di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengurusan tapak pelupusan mapan melalui pendekatan kitar semula di Sabah.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Masalah pengurusan tapak pelupusan semakin serius di peringkat antarabangsa mahupun peringkat Malaysia. Faktor utama adalah disebabkan oleh pertambahan jumlah penduduk yang berkadar langsung dengan pertambahan sisa. Kemuncak dari itu adalah masalah penutupan tapak pelupusan yang tepu, pencemaran cecair lesapan, pencemaran bau dan masalah penyakit. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan elemen kitar semula dalam konsep pengurusan tapak pelupusan yang lebih mapan di Sabah (Tapak Pelupusan Kayu Madang DBKK, Tapak Pelupusan Sandakan MPS dan Tapak Pelupusan Bukit Gemok MPT). Untuk mencapai tujuan tersebut, komposisi sisa di tapak pelupusan perlu dikenalpasti. Selain itu corak pengurusan tapak pelupusan mapan yang diamalkan turut dikenalpasti. Peranan masyarakat, pihak swasta dan Scavengers (pengutip sampah) dalam menyumbang kepada konsep pengurusan tapak pelupusan mapan ditentukan. Sumbangan kitar semula dalam pengurusan tapak pelupusan mapan dan alam sekitar juga dinilai. Terdapat empat kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu kaedah temubual, kaedah soal selidik, pengumpulan data sekunder dan kaedah analisi LCA untuk mengetahui sumbangan kitar semula dalam melestarikan tapak pelupusan khususnya dalam penjimatan tenaga. Tiga jenis analisis digunakan iaitu analisis transkripsi, analisis frekunsi (SPSS), analisis data sekunder (ADS) dan analisis Penilaian Kitar Hayat (LCA). Kajian ini mendapati bahawa kaedah kitar semula sebagai cara terpenting dalam menguruskan tapak pelupusan terutama dalam mengurangkan jumlah sisa di tapak pelupusan. Secara umumnya,kajian ini mengetengahkan komponen kitar semula yang perlu ada dalam pengurusan tapak pelupusan iaitu komponen kitar semula isirumah, kitar semula pusat pengumpul dan kitar semula Scavengers. Kajian ini turut mendapati terdapat 8 jenis komposisi sisa dikenalpasti di tapak pelupusan DBKK dan MPT dan 9 jenis komposisi sisa di tapak pelupusan MPS. Jumlah purata sisa yang dilupuskan di tapak pelupusan DBKK adalah 13020.29 tan/bulan, tapak pelupusan MPS sebanyak 10611.94 tan/bulan dan tapak pelupusan Bukit Gemok MPT sebanyak 9000 tan/bulan. Ketiga-tiga tapak pelupusan tidak menggunakan sebarang model pengurusan tapak pelupusan mapan dalam operasi tapak pelupusan. Sumbangan isirumah, pusat pengumpul dan Scavengers berjaya dalam mengurangkan jumlah sisa ditapak pelupusan masing masing sebanyak 14.S%/bulan, 11.32%/bulan dan 3.72%/bulan untuk tapak pelupusan DBKK, 3.82%/bulan, 41.2%/bulan dan 0.13%/bulan untuk tapak pelupusan MPS dan 0.74%/bulan, 1.28%/bulan dan 0.38%/bulan untuk tapak pelupusan MPT. Analisis LCA mendapati terdapat penjimatan tenaga dalam penghasilan produk baru dengan menggunakan bahan kitar semula berbanding menggunakan bahan asli. Melalui dapatan ini juga, pengiraan tempoh hayat tapak pelupusan dapat ditentukan berdasarkan jumlah pengurangan sisa di tapak pelupusan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Waste disposal, Landfill, recycle
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 06 Dec 2017 13:43
Last Modified: 06 Dec 2017 13:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17700

Actions (login required)

View Item View Item