Hubungan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi dengan kemahiran dan sikap guru dalam profesionalisme keguruan

UNSPECIFIED (2014) Hubungan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi dengan kemahiran dan sikap guru dalam profesionalisme keguruan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan inovasi teknologi maklumat.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan inovasi TMK sekolah ke atas peningkatan profesionalisme keguruan di daerah Tawau. Profesionalisme keguruan yang dilihat ialah dari segi kemahiran profesionalisme dan sikap profesionalisme guru dalam menjalankan tugas di sekolah. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 355 orang guru yang bertugas di 8 buah sekolah rendah dan menengah Bandar masing-masing dan 8 buah sekolah rendah menengah luar Bandar. Penganalisisan data yang diperolehi telah dijalankan dengan bantuan perisian komputer melalui program Statiscal Packages for the Sosial Science (SPSS ) for windows Versi 17.0. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat skor min dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi yang melibatkan Ujian-t untuk melihat perbezaan yang signifikan antara inovasi TMK sekolah dengan faktor demografi, kolerasi Pearson-r untuk menentukan hubungan antara inovasi TMK dengan profesionalisme keguruan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap inovasi TMK di sekolah adalah tinggi iaitu min (4.04), jenis sekolah mengajar min (1.54), Min inovasi sekolah dengan lokasi, min sebanyak (4.04), Kemahiran Guru min sebanyak (4.28) dan seterusnya sikap guru min (4.40). Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara inovasi TMK sekolah dengan profesionalisme keguruan di daerah Tawau. Melalui kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi perkembangan profesionalisme keguruan bagi menghadapi inovasi TMK sekolah

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: ICT innovations, teachers'professionalism, identity
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 30 Nov 2017 14:16
Last Modified: 30 Nov 2017 14:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17705

Actions (login required)

View Item View Item