Tabiat pemakanan ikan sumpit di Hutan Simpan Sugut, Sabah

Lau, King Shiang (2015) Tabiat pemakanan ikan sumpit di Hutan Simpan Sugut, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Tabiat pemakanan ikan sumpit.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai tabiat pemakanan ikan sumpit telah dijalankan di Sungai Sabang, Hutan Simpan Sugut, Beluran, Sabah. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti (1) komposisi diet pemakanan bagi ikan sumpit di Hutan Simpan Sugut, (2) Pemilihan Diet Pemakanan (PDP) ikan sumpit berdasarkan kategori kitar hidup iaitu juvenil, sub-dewasa dan dewasa, dan (3) hubungan antara kategori kitar hidup ikan sumpit berdasarkan jenis diet pemakanan. Kaedah persampelan adalah dengan menggunakan pukat jaring pada Januari 2015. Sebanyak lima persampelan dijalankan di lima stesen sepanjang Sungai Sabang. Untuk melihat komposisi diet pemakanan ikan sumpit, perut ikan sumpit dibedah dan isi kandungannya diperiksa. Sebanyak dua spesies ikan sumpit telah direkodkan dalam kajian ini; Toxotes jacu/atrix dan Toxotes chatareus. Secara keseluruhannya, sejumlah 22 individu Toxotes jaculatrix dan 28 individu Toxotes chatareus telah disampel. Komposisi diet pemakanan dari segi bilangan didominasi oleh Hymenoptera bagi Toxotes jaculatrix sebanyak 69 individu dan bagi Toxotes chatareus sebanyak 26 individu. Namun, untuk Kekerapan Pemilihan Diet Pemakanan (PDP) order Decapoda mencatatkan kadar PDP tertinggi bagi kedua-dua Toxotes jaculatrix (75%) dan Toxotes chatareus (76.19%). Berdasarkan kategori kitar hayat dengan jenis diet pemakanan, Toxotes jaculatrix juvenil memilih diet pemakanan yang kurang pelbagai, iaitu dua jenis diet (Hymenoptera dan Decapoda). Walau bagaimanapun, Toxotes jaculatrix sub-dewasa mencatatkan lima jenis (Hymenoptera, Isopoda, Decapoda, Mollusk dan Arachnida) dan Toxotes jaculatrix dewasa, sebanyak enam jenis (Hymenoptera, Isopoda, Decapoda, Mollusca, Arachnida dan Diptera) diet pemakanan yang dipilih. Toxotes chatareus dewasa lebih cenderung memilih diet pemakanan yang kurang pelbagai iaitu tiga jenis (Hymenoptera, Decapoda dan Reptilia) berbanding dengan Toxotes chatareus sub-dewasa, empat jenis diet yang dipilih (Hymenoptera, Decapoda, Perciformes dan Arachnida). Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat korelasi signifikan (p < 0.05) dan korelasi positif antara kategod kitar hidup bagi Toxotes jaculatrix dengan PDP. Maka, kategori kitar hidup Toxotes jaculatrix meningkat dengan peningkatan jenis diet pemakanan. Manakala, Toxotes chatareus tidak mempunyai korelasi signifikan (p > 0.05) kerana tidak dapat juvenil Toxotes chatareus.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: feeding habit, archerfishes, Sugut Forest Reserve, diet composition
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 06 Dec 2017 13:52
Last Modified: 06 Dec 2017 13:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17740

Actions (login required)

View Item View Item