Keutamaan dan kekangan dalam pengurusan tanaman getah di kalangan pekebun Keol Getah di daerah Kuala Kangsar, Perak

Nurul Khauda Abd Rahim (2016) Keutamaan dan kekangan dalam pengurusan tanaman getah di kalangan pekebun Keol Getah di daerah Kuala Kangsar, Perak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Keutamaan dan kekangan dalam pengurusan tanaman getah di kalangan pekebun Keol Getah di daerah Kuala Kangsar.pdf

Download (804kB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dibeberapa buah kampung di Daerah Kuala Kangsar, Perak iaitu Kampung Jenalik Hilir, Kampung Ngor, Kampung Changkat Duku dan Kmapung Tanah Merah. Maklumat tentang para pekebun keeil getah dan pemilihan kawasan ini adalah atas panduan serta cadangan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Bilangan responden yang terlibat adalah 40 orang. Objektif utama kajian adalah untuk mengenalpasti aspek-aspek yang menjadi keutamaan dan kekangan yang dihadapi oleh para pekebun kecil getah dalam pengurusan tanaman getah di Daerah Kuala Kangsar serta hubungannya dengan latar belakang pekebun keeil getah di daerah ini. Kajian ini telah dijalankan kerana hasilnya berperanan penting dalam membantu meningkatkan produktiviti tanaman getah dan pembangunan industri getah. Kajian ini akan dijadikan sebagai platform dalam membaiki program bantuan yang sedia ada. Kajian yang telah dijalankan adalah menggunakan Kaedah Tinjauan Diskriptif (Descriptive Survey Method). Borang kaji selidik akan diedarkan kepada responden (pekebun kecil) yang dikenalpasti. Kajian ini telah mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif dan kualitatif. Data yang telah dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan bantuan computer perisian statistik iaitu Statistical Package for Social Science (SPSS) dan juga Microsoft Excel 2007 • Kajian menunjukkan bahawa tahap keutamaan pekebun keeil di Daerah Kuala Kangsar adalah hampir sarna tetapi dapat disimpulkan bahawa aspek yang paling menjadi keutamaan adalah akses terhadap kemudahan kewangan, akses terhadap sumber benih berkualiti, akses terhadap input pertanian serta pengetahuan dan kemahiran dalam pengawalan serangga dan perosak. Bagi aspek kekangan pula, hasil kajian menunjukkan aspek yang menjadi paling menjadi kekangan kepada para pekebun keeil getah adalah ketidakstabilan harga getah, persaingan antara getah asli dan getah sintetik serta penyakit dan serangan perosak. Terdapat beberapa aspek latarbelakang yang mempunyai hubungan bererti dengan aspek keutamaan dan kekangan iaitu aspek akses terhadap sumber benih berkualiti, akses terhadap tanah, pengetahuan dan kemahiran dalam pengawalan serangga perosak, kurang kemahiran dalam teknik penorehan getah, kurang berhubung dengan agen pengembangan, penyakit dan serangan perosak, dan kurang sokongan kerajaan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kuala Kangsar, Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA), rubber plantation
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 08 Jan 2018 16:15
Last Modified: 08 Jan 2018 16:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18016

Actions (login required)

View Item View Item