Siti Rozziana Jeperi (2015) Penilaian input ekologi dalam laporan EIA bagi aktiviti perumahan di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Penilaian input ekologi.pdf Download (12MB) | Preview |
Abstract
Maklumat ekologi adalah merupakan satu komponen utama yang perlu dipertimbangkan semasa penyediaan laporan EIA bagi aktiviti perumahan terjadual. Berpandukan garis panduan yang telah disediakan oleh JAS, enam buah laporan EIA berkaitan aktiviti perumahan di Sabah telah diulas untuk mengetahui kualiti dan keberkesanan input ekologi di dalam laporan tersebut. Penilaian kecukupan maklumat bagi komponen ekologi dikenalpasti dengan menggunakan kaedah senarai semak berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh JAS. Empat kriteria iaitu persekitaran sedia ada, ramalan impak, peramalan impak ketara dan langkah penebatan telah dipilih untuk diulas. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan laporan gagaI menyenaraikan spesis flora dan fauna yang terancam dan terlindung dengan jelas yang mana boleh menyebabkan masalah timbul semasa mengkuantitatifkan impak semasa meramal impak. Kajian juga menunjukkan secara keseluruhannya penilaian input ekologi bagi aktiviti perumahan masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Ketidakcukupan maklumat yang perlu dipatuhi di dalam garis panduan umum juga menunjukkan aspek langkah penebatan masih berada di tahap yang kurang memberangsangkan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | report, ecological information, housing activities, guideline, DOE |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 29 Jan 2018 22:59 |
Last Modified: | 29 Jan 2018 22:59 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18526 |
Actions (login required)
View Item |