Perbandingan tahap jangkitan Endoparasitedan rintangan terhadap Anthelmintic pada kambing baka Katjang dan kacukan Boer

Muhammad Zaki Abdul Rahman (2016) Perbandingan tahap jangkitan Endoparasitedan rintangan terhadap Anthelmintic pada kambing baka Katjang dan kacukan Boer. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Perbandingan tahap jangkitan Endoparasitedan rintangan terhadap Anthelmintic pada kambing baka Katjang dan kacukan Boer.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap jangkitan endoparasite dan kesan rawatan athelmentics yang diberikan terhadap kambing baka Katjang dan Kacukan Boer yang terdapat di Ladang Kambing Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaeclah Fecal Egg Count (FEC) laitu dengan mengkaji kekuatan jangkitan parasit yang berada dan membiak di dalam sistem pencemaan kambing baka Katjang dan Kacukan Boer. Kajian pertama, dijalankan bagl mengenal pasti tahap serangan parasit dalarnan terhadap kambing yang mempunyai baka yang berbeza iaitu Katjang dan Kacukan Boer. Dalam kajian ini, terdapat satu rawatan yang diberikan iaitu pengunaan ubat cacing, Albendazole 25 mg/L yang diberikan kepada kambing kedua-dua baka dengan menggunakan kaedah drenching. Berdasarkan hasil kajian, Boer menunjukkan tahap jangkitan yang lebih tinggi berbanding Katjang dengan jumlah purata Telur Per Gram (EPG) 345 ± 114, 290 ± 98 dan 278 ± 79 untuk 3 minggu berturut-turut berbanding Katjang dengan jumlah purata EPG 135 ± 77, 162 ± 75 DAN 208 ± 123. T-test yang dijalankan keatas keduadua jumlah pnilai purata diatas menunjukkan tiada menunjukkan tiada perbezaan ketara antara tahap jangkitan kambing katjang dan kacukan Boer. Hal ini jelas dilihat daripada nilai t stat < t crtitical two tail, -0.29< 12.71. Kajian keclua , dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan kesan rawatan althelmenticsterhadap kambing Katjang dan kacukan Boer. Kajian ini dijalankan selama 12 minggu bagi melihat perjalanan tumbesaran dan bilangan telur cacing yang berada di dalam dalaman kambing keduadua baka. Kajian ini mendapati, kambing Katjang memberikan tindakbalas yang positif terhadap anthelmentics (Albendazole 25mg/L) yang diberikan dengan menunjukkan jumlah purata Telur Per Gram (EPG) yang sedikit dari minggu pertama sehingga minggu terakhir dengan jumlah purata keseluruhan 164 ± 85 berbanding kambing kacukan Boer dengan purata keseluruhan sebanyak 233 ± 82 EPG. Kawalan kepada penyakit endoparasite terhadap kambing ini disyorkan dijalankan secara berkala bagi mengelakkan sebarang penyakit kronik yang mungkin akan merosakkan system dalaman badan kambing sekali gus membawa kepada kematian. Inl juga adalah bagi mengurangkan keberjangkitan yang tinggi terhadap kambing di Ladang Kambing Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Endoparasite , anthelmentics , Crossedbreed Boer goat , Kitjang
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 08 Feb 2018 13:58
Last Modified: 08 Feb 2018 13:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18600

Actions (login required)

View Item View Item