Hubungan tahap stres guru-guru pendidikan khas terhadap iklim kerja dan pengurusan bilik darjah sekolah rendah

Jenny M. Milin (2013) Hubungan tahap stres guru-guru pendidikan khas terhadap iklim kerja dan pengurusan bilik darjah sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan tahap stres guru-guru Pendidikan Khas terhadap iklim kerja sekolah dan pengurusan bilik darjah Pendidikan Khas. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah borang soal selidik yang mengandungi 45 item. Prosedur kajian dijalankan ke atas semua guru-guru Pendidikan Khas Daerah Penampang dan Kota Kinabalu secara bertujuan iaitu hanya guru-guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah sahaja dan tidak termasuk Penolong Pembantu Murid Pendidikan Khas. Sampel kajian adalah seramai 70 orang. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif (min), inferensi (Ujian-t, ANOVA satu-hala dan Pekali Korelasi Pearson). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sederhana (r = 0.488, p< 0.01) antara pembolehubahik lim kerja dengan tahap stres guru-guru dan terdapat hubungan yang kuat (r = 0.600, p< 0.01) antara pembolehubah pengurusan bilik darjah dengan tahap stres guru. Diharapkan makiumat yang diperolehi daripada hasil kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merancang dan mereka bentuk program bagi mengatasi masalah stres dalam kalangan guru-guru Pendidikan Khas Daerah Penampang dan Kota Kinabalu ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan profesion perguruan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Stress level, teachers, Work climate, Classroom management, Elementary schools
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 Feb 2018 14:59
Last Modified: 02 Oct 2023 14:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18722

Actions (login required)

View Item View Item