Pola meminum alkohol keluarga, tahap pengetahuan alkohol dan pelanggaran disiplin. kajian perbandingan pelajar bandar dengan luar bandar dari suku kaum Dusun di Sabah

Hyacinth Chia (2005) Pola meminum alkohol keluarga, tahap pengetahuan alkohol dan pelanggaran disiplin. kajian perbandingan pelajar bandar dengan luar bandar dari suku kaum Dusun di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pola meminum alkohol.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk menentukan adakah terdapat perbezaan pola meminum alkohol keluarga, tahap pengetahuan tentang alkohol pelajar dan kes pelanggaran disiplin sekolah oleh pelajar lelaki dari suku kaum Dusun (SKD) antara yang bersekolah di bandar dengan di luar bandar. Kajian dibuat di lima buah sekolah menengah di Pantai Barat Selatan, Sabah. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian. Seramai 60 orang responden yang terdiri daripada pelajar lelaki dad suku kaum Dusun yang berada dalam tingkatan empat telah dijadikan sampel. Semua responden telah dikenal pasti terlibat dengan penyalahgunaana lkohol. Soal selidik mengandungi4 6 soalan dan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu : 1) demografi pelajar, 2) pola meminum alkohol keluarga pelajar, 3) tahap pengetahuan alkohol pelajar dan, 4) kes pelanggaran disiplin sekolah pelajar. Data dianalisa menggunakan SPSS versi 10.0. Pembuktian semua hipotesis adalah menggunakan Independent - Samples T-Test. Untuk Hipotesis Nul yang pertama iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan pola meminum alkohol keluarga antara pelajar lelaki dad suku kaum Dusun yang bersekolah di bandar dengan yang bersekolah di luar bandar, aras signifikannya ialah sebesar 0.000. Memandangkan kebarangkalian berlakunya fenomena tersebut adalah kecil (kurang dad 0.025 atau 2.5 peratus), maka wujud perbezaan min yang signifikan. Dengan erti kata lain, Hipotesis Nul ditolak. Dapatan untuk Hipotesis Nul yang kedua iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan tentang alkohol antara pelajar lelaki suku kaum Dusun yang bersekolah di bandar dengan yang bersekolah di luar bandar, aras signifikannya ialah 0.026. Memandangkan kebarangkalian berlakunya fenomena adalah tinggi (lebih dari 0.025 atau 2.5 peratus), maka tidak wujud perbezaan min yang signifikan. Dengan erti kata lain, Hipotesis Nul diterima. Ujian ke atas Hipotesis Nul yang ketiga iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan kes pelanggaran disiplin sekolaha ntara pelajar lelaki dari suku kaum Dusun yang bersekolah di bandar dengan yang bersekolah di luar bandar, aras signifikannya pula ialah 0.003. Memandangkan kebarangkalian berlakunya fenomena adalah kecil ( lebih dad 0.025 atau 2.5 peratus ), maka wujud perbezaan min yang signifikan. Dengan erti kata lain, Hipotesis Nul ditolak.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: pattern, alcohol consumption, family, knowledge, discipline problems, male students
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 08 Feb 2018 10:35
Last Modified: 08 Feb 2018 10:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18732

Actions (login required)

View Item View Item