Faktor-fakor penyebab berlakunya tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Keningau, Sabah

Kennedy Alip (2013) Faktor-fakor penyebab berlakunya tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Keningau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (933kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi penyebab berlakunya tingkah laku delinkuensi dalam kalangan pelajar di tiga buah sekolah menengah luar bandar di daerah Keningau. Sampel bertujuan digunakan untuk mendapatkan maklumat, iaitu seramai 130 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua yang pernah melakukan tingkah laku yang dikategorikan sebagai delinkuen dan direkodkan dalam buku rekod salah laku pelajar oleh unit Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan. Saal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diubahsuai daripada penyelidik-penyelidik lepas seperti Ariffin (1998), Che Halimah bte Ahmad (2003) dan Sharifah Raudzah (2008). Instrumen soal selidik yang diubahsuai telah mendapat pengesahan daripada tiga orang pensyarah UMS. Instrumen soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan dan analisis kesahihan Kajian ini dianalisis menggunakan Perisian Statistical Packages For the Social Science {SPSS) For Windows (Version 16.0) berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan, sisihan piawai dan min serta statistik inferensi iaitu Ujian -t dua hujung, analisis varians (ANOVA) sehala menguji perbezaan faktor demografi dengan tingkah laku delinkuen dan korelasi pearson untuk menguji hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar. Hasl kajian mendapati faktor rakan sebaya (aras signifikan 0.00) dan faktor keluarga (aras signifikan 0.010) mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku delinkuen, manakala analisis demografi pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku delinkuen mengikut jantina dan keturunan. Beberapa cadangan dan penambahbaikan juga di kemukakan untuk kajian berkaitan dengan tajuk ini pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Delinkuensi, Sekolah menengah luar bandar, Hal ehwal murid
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV7231-9960 Criminal justice administration > HV8301-9920.7 Penology. Prisons. Corrections > HV9051-9230.7 The juvenile offender. Juvenile delinquency. Reform schools, etc.
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 26 Feb 2018 11:39
Last Modified: 14 Jan 2026 10:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18914

Actions (login required)

View Item View Item