Low Kok On (2014) Superioriti rakyat dalam Lelucon cerita Abu Nawas Asal dan Cerita Abu Nawas versi Sabah. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 7 (2). pp. 152-171.
|
Text
Superioriti Rakyat dalam Lelucon Cerita Abu Nawas Asal dan Cerita Abu Nawas Versi Sabah.pdf Download (94kB) | Preview |
Abstract
Makalah ini menganalisis unsur superioriti rakyat yang terkandung dalam lelucon cerita Abu Nawas asal dan cerita Abu Nawas versi Sabah berasaskan Teori Superioriti. Makalah ini juga menjejaki sejarah penyebaran cerita Abu Nawas ke Sabah. Cerita Abu Nawas dikategorikan oleh pengkaji sastera rakyat sebagai cerita jenaka yang berasal dari Arab-Parsi. Penyebaran cerita Abu Nawas ke Alam Melayu berkait rapat dengan penyebaran agama Islam ke rantau ini sejak dari kurun ke-15. Bahan kajian ini ini dikumpulkan menerusi kerja lapangan di beberapa buah daerah di Sabah. Cerita Abu Nawas ini didapati popular dituturkan dalam kalangan peribumi Sabah yang beragama Islam, seperti orang Melayu Brunei, Bajau, dan Suluk serta dalam kalangan peribumi Sabah bukan Islam, seperti etnik Kimaragang,Rungus dan Murut. Perasaan superioriti rakyat yang tersirat dalam lelucon cerita Abu Nawas ditimbulkan kepada umum.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Abu Nawas, humorous tales, Theory of Superiority, folk superiority |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 01 Mar 2018 10:19 |
Last Modified: | 01 Mar 2018 10:19 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18933 |
Actions (login required)
View Item |