Sistem Tagal dalam industri pelancongan: manfaat kepada komuniti

Jurry Foo (2011) Sistem Tagal dalam industri pelancongan: manfaat kepada komuniti. Geografia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal Of Society And Space, 7 (4). pp. 14-25.

[img]
Preview
Text
Sistem Tagal Dalam Industri Pelancongan.pdf

Download (93kB) | Preview

Abstract

Sistem tagal adalah satu kaedah pengurusan biosfera yang popular di Sabah. Ia juga dikenali sebagai bombon yang bermaksud jangan dalam bahasa Kadazandusun. Melalui sistem ini, penggunaan sumber semulajadi atau kawasan tertentu dihadkan bagi tujuan pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut secara berterusan. Pada hari ini, komuniti Kg. Luanti Baru telah mengambil inisiatif mengintegrasikan sistem tagal sebagai sebuah produk pelancongan. Ini merupakan salah satu pendekatan dalam utilitarian sumber semulajadi tempatan. Kertas kerja ini menjelaskan peranan dan manfaat sistem tagal dalam industri pelancongan di Kg. Luanti Baru, Ranau Sabah terhadap komunit pelaksana. Data diperolehi berdasarkan kajian awal yang dilakukan dengan cara pemerhatian di kawasan kajian, temuramah dan juga kajian pustaka. Secara umumnya, kedudukan sistem tagal dalam industri pelancongan adalah sebagai satu produk pelancongan yang telah menyumbang kepada pengurusan persekitaran yang lebih cekap, penyumbang pembangunan ekonomi dan juga pembangunan sosial komuniti.

Item Type: Article
Keyword: industri pelancongan; komuniti tempatan; pendekatan tradisional
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 01 Mar 2018 10:21
Last Modified: 01 Mar 2018 10:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18986

Actions (login required)

View Item View Item