Pemaknaan dalam konteks budaya lisan Bajau

Saidatul Nornis Hj. Mahali (2018) Pemaknaan dalam konteks budaya lisan Bajau. In: International Bajau Conference 2018, 10 - 11 March 2018, Kota Kinabalu, Sabah.

[img]
Preview
Text
Pemaknaan dalam konteks budaya lisan Bajau.pdf

Download (42kB) | Preview

Abstract

Salah satu keistimewaan bahasa ialah bahasa boleh memaparkan kelainan antara satu kumpulan masyarakat, individu dan menyatakan identiti masyarakat itu sendiri. Tradisi lisan misalnya boleh dijadikan contoh untuk menunjukkan identiti kelompok yang dirujuk. Dalam hal ini, kelompok masyarakat Bajau yang mendiami residensi pantai barat dan pantai timur Sabah juga memperlihatkan perbezaan dari segi pemilikan tradisi lisan itu sendiri. Malah, pemilihan kosa kata juga bergantung sepenuhnya kepada konteks budaya dan persekitaran yang melingkari kehidupan mereka setiap hari. Memandangkan kita mempelajari budaya melalui proses pemerhatian dan peniruan, maka perilaku anggota masyarakat dibayangkan dalam setiap proses interaksi yang pastinya mempunyai dimensi tertentu yang hanya diketahui apabila konteks bersesuaian. Sehubungan itu, makalah ini berusaha untuk meneliti bentuk pemaknaan yang didasarkan kepada konteks budaya Bajau melalui tradisi lisan mereka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keyword: language, Bajau, verbal culture, identity, verbal tradition
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 22 Mar 2018 10:16
Last Modified: 22 Mar 2018 10:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19350

Actions (login required)

View Item View Item