Kajian kepelbagaian rama-rama di plot tetap Ulu Kimanis

Alwiyah Majenin (2008) Kajian kepelbagaian rama-rama di plot tetap Ulu Kimanis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian kepelbagaian rama-rama di plot tetap Ulu Kimanis.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ke atas kepelbagaian rama-rama dalam kumpulan makrolepidoptera ( Heterocera) telah dilakukan di Plot Tetap Ulu Kimanis, Papar. Objektif bagi kajian ini adalah mengkaji kepelbagaian rama-rama di Plot Tetap Ulu Kimanis dan meninjau komposisi ram a-ram a di lokasi kajian. Replikasi sebanyak dua kali telah dilakukan iaitu pada bulan September 2007 dan diulangi pada bulan Disember 2008. Kajian ini melibatkan penggunaan kaedah perangkap cahaya yang menggunakan cahaya mentol dan satu tabir putih. Hasil daripada kajian mendapati bahawa terdapat sebelas famili yang telah dikenal pasti iaitu famili Geometidae, Noctuidae, Cossidae, Arctiidae, Lasiocampidae, Notodontidae, Drepanidae, Sphingidae, Uraniidae, Satumidae dan Agaristidae. Famili Geometridae merupakan famili yang paling dominan kerana mempunyai bilangan genus serta bilangan individu yang paling ban yak iaitu 47 spesies, 32 genus dan 66 individu. Famili Sphingidae, Uraniidae, Satumiidae dan Agaristidae merupakan famili yang paling sedikit bilangan individu iaitu satu individu sahaja. Manakala Indeks Shannon menunjukkan nilai H' yang diperoleh adalah 4.05. Indeks Simpson pula menunjukkan niIai D' yang diperoleh daripada kajian ini adalah 0.01. Manakala nilai R' bagi Indeks Margalef yang diperoleh adalah 14.49. Antara faktor yang mempengaruhi hasil penangkapan adalah kitaran bulan dan musim hujan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Macrolepidoptera group (Heterocea) , Ulu Kimanis , Papar
Subjects: Q Science > QL Zoology
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 22 Mar 2018 10:02
Last Modified: 22 Mar 2018 10:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19444

Actions (login required)

View Item View Item