Nurul Amirah Ibrahim (2007) Kajian penyakit prevalens kulat pada Pasum Sativum L. di Kundasang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Kajian penyakit prevalens kulat pada Pasum Sativum L di Kundasang.pdf Download (357kB) | Preview |
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penyakit tanaman kacang pea (Pisum sativum L.) yang disebabkan oleh patogen,kulat di daerah Kundasang, Sabah. Kaedah Andaian Koch telah digunakan di mana kulat pada perumah asal dipencilkan dan dikulturkan. Kulat yang menyerang perumahnya diasingkan berdasarkan pada Andaian Koch (Koch's Postulate). Kulat kemudian akan disuntik pada perumah yang sihat untuk memastikan penyakit dan patogen. Hasil eksperimen menunjukkan bahawa kesan jangkitan patogen ke atas perumah sihat menunjukkan simptomsimptom yang serupa dengan yang terdapat pada perumah asal. Simptom penyakit tersebut ialah bintik seperti bintik kecil, kekuningan dan berkulapuk berwama kelabu keputihan. Hasil kajian mengesahkan bahawa penyakit yang sering menyerang tanaman kacang pea adalah penyakit kulapuk kelabu yang disebabkan oleh patogen yang dikenali sebagai Botrytis cinerea.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Fungal Pathogen , Sabah , Botrytis cinerea |
Subjects: | Q Science > QH Natural history S Agriculture > SB Plant culture |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 30 Oct 2019 07:46 |
Last Modified: | 30 Oct 2019 07:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19460 |
Actions (login required)
View Item |