Zakaria Barabag (2010) Penilaian ke atas Dolichoderus Lund, 1831 (Hymenoptera : Formicidae) di Borneensis. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Penilaian ke atas Dolichoderus Lund.pdf Download (646kB) | Preview |
Abstract
Kajian terhadap Dolichoderus Lund, 1831 (Hymenoptera: Formicidae) di BORNEENSIS dijalankan bermula Januan hingga Jun 2009. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan status taksonomi, taburan geografi dan membina kekunci dikotomi spesies Dolichoderus di BORNEENSIS. Pengecaman ke atas sejumlah 816 individu semut Dolichoderus dibuat dengan menggunakan mikroskop Stereo Leica EZ4 untuk menentukan cin-cin morfologinya. Spesies paling dominan adalah O. thoradcus (530 individu, 64.95%) diikuti oleh D. cuspidatus(88 inclividu, 10.78%), D. coniger(44 individu, 5.40%), D. sulcaticeps (31 indlvidu, 3.8%), D. inderapurensis dan D. pastorulus (25 individu, 3.06%), D. kinabaluensis(19 individu, 2.33%), D. modiglianii (14 individu, 1.72%), D. maschwitzi dan O. sp.1 setiapnya (11 individu, 1.35%). Spesies kurang daripada 10 individu adalah D. beccarii (5 individu, 0.61%), D. tubenfer (4 individu, 0.49%), termasuk D. smirugosus serta tiga morfospesies lain iaitu D. sp.2, D. sp.3 dan D. sp.4 (2 individu, 0.25%) serta D. patens (1 individu, 0.12%). Semua koleksi diperolehi dan kawasan Borneo, Malaysia Barat, Singapura, Indonesia dan Thailand. Borneo adalah penyumbang spesies yang paling tinggi iaitu 76.5 peratus. Kekund dikotomi spesies Dolichoderus di BORNEENSIS dibuat berdasarkan ciri-ciri morfologi di bahagian kepala, mesosoma, petiol, gaster dan kaki. Memandangkan Borneo mempunyai kekayaan semut yang tinggi clan kekurangan kekunci dikotomi di peringkat spesies, kajian taksonomi semut yang berterusan adalah penting.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | taxonomic status, geographic distribution, BORNEEENSIS, dichotomous key, Dolichoderus |
Subjects: | Q Science > QL Zoology |
Department: | INSTITUTE > Institute for Tropical Biology and Conservation |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 23 Mar 2018 16:20 |
Last Modified: | 23 Mar 2018 16:20 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19487 |
Actions (login required)
View Item |