Pertumbuhan dan pelestarian industri eko-pelancongan: kajian pulau-pulau peranginan sekitar pantai timur, Sabah

Lee, Kuok Tiung and Siti Suriani Othman (2010) Pertumbuhan dan pelestarian industri eko-pelancongan: kajian pulau-pulau peranginan sekitar pantai timur, Sabah. SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, 3 (2). pp. 273-294. ISSN 1979-0112

[img]
Preview
Text
Pertumbuhan dan Pelestarian Industri Eko.pdf

Download (93kB) | Preview

Abstract

Keindahan flora dan fauna di Sabah telah membantu sektor pelancongan menduduki tangga teratas penyumbang pendapatan utama kepada Negeri di Bawah Bayu ini untuk beberapa tahun berturut-turut. Ini berasaskan premis bahawa industri pelancongan secara tidak langsung memperkayakan kepelbagaian komoditi yang boleh dipasarkan. Kajian ini mencadangkan untuk menilai perkembangan industri eko-pelancongan di sekitar kepulauan berdekatan Semporna sambil cuba mencungkil pengalaman pelancong-pelancong antarabangsa yang berbeza-beza. Umumnya, sumbangan paling besar melalui industri pelancongan di situ yang boleh dilihat adalah pertumbuhan rancak resort-resort yang secara langsung menjadi pemangkin kepada proses pembandaran pekan Semporna, mendorong pertumbuhan resort yang diusahakan penduduk tempatan, peningkatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan peniaga-peniaga runcit kraftangan di Pulau Mabul, penambahan sumber pendapatan kerajaan negeri dan penduduk, dan perkembangan sistem perhubungan dan jaringan jalan raya. Walau bagaimanapun, persoalanpersoalan kelestarian (sustainbility), kesinambungan (continuity) dan keadaan yang berdekatan (contiguity) menyebabkan kemusnahan jangka panjang yang lebih buruk terhadap struktur dasar laut dan kedinamikan ekosistem di kawasan tersebut.

Item Type: Article
Keyword: Eko-pelancongan, kepulauan Semporna, Sabah, sumbangan positif, dan persoalan negatif
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps
Department: FACULTY > Faculty of Medicine and Health Sciences
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 22 Mar 2018 10:04
Last Modified: 22 Mar 2018 10:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19505

Actions (login required)

View Item View Item