Perjuangan wanita dalam novel surat-surat perempuan Johor

Rosmah Derak and Asmiaty Amat (2016) Perjuangan wanita dalam novel surat-surat perempuan Johor. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 24. ISSN 1511-1989

[img]
Preview
Text
Perjuangan wanita dalam novel surat.pdf

Download (94kB) | Preview
[img]
Preview
Text
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor.pdf

Download (292kB) | Preview

Abstract

Novel berunsur sejarah berjudul Surat-Surat Perempuan Johor (2005) merupakan novel tentang sejarah negeri Johor yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan memenangi tempat ketiga dalam Sayembara Menulis Sejarah Johor. Novel ini memaparkan tentang peristiwa sejarah negeri Johor yang berlatar belakangkan Majalah Ahkam Johor, proses pemodenan Johor oleh Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, hubungan erat antara Johor dan Turki serta cita-cita untuk mengenepikan sekularisasi. Justeru, objektif kajian ini ialah mengkaji perjuangan wanita sebagai wakil golongan yang dijajah untuk menulis semula sejarah negeri Johor yang dikatakan telah dipalsukan oleh Inggeris. Bagi mencapai objektif ini, kaedah analisis tekstual digunakan untuk mengkaji novel Surat-Surat Perempuan Johor untuk meneliti sejarah negeri Johor yang telah dibenamkan oleh Inggeris pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Faisal Tehrani menerusi watak Ungku Nur menempelak Barat yang telah melenyapkan banyak peristiwa tentang sejarah Johor dengan menampilkan dan menulis semula sejarah negeri Johor. Penulisan semula sejarah ini merupakan satu cara golongan yang dijajah untuk bangkit menentang penjajah. Kajian mendapati, negeri Johor pernah melaksanakan pemerintahan Islam suatu ketika dahulu dan Majalah Akham Johor dijadikan panduan dalam pemerintahan. Namun, Inggeris telah mencampuri pemerintahan sultan pada masa itu dan dipaksa untuk menerima undang-undang sekular Inggeris. Sedikit demi sedikit pengaruh Inggeris telah mengambil tempat dalam pentadbiran Johor sehingga pemerintahan Islam yang pernah diamalkan di negeri Johor kurang diketahui oleh generasi pada masa kini.

Item Type: Article
Keyword: Novel berunsur sejarah , sejarah negeri Johor , Surat-Surat Perempuan Johor , Faisal Tehrani , Majalah Akham Johor
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 22 Mar 2018 10:04
Last Modified: 28 Dec 2020 15:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19515

Actions (login required)

View Item View Item