Sedimentologi formasi sedimen neogen dan potensi sumber batu arang di kawasan Silimpopon, Tawau, Sabah

Harry Benedick (2002) Sedimentologi formasi sedimen neogen dan potensi sumber batu arang di kawasan Silimpopon, Tawau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Sedimentologi formasi sedimen.pdf

Download (950kB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian yang terletak di bahagian selatan Sabah terdiri dari dua unit batuan iaitu Formasi Kalabakan yang lebih tua dan Formasi Kapilit yang lebih muda. Keduadua unit batuan ini mempunyai hubungan yang tidak selaras. Formasi Kalabakan yang dianggarkan berusia Lewat Oligosen Akhir hingga Awal Miosen Tengah ditafsirkan terenap di sekitaran /aut dalam oleh arus turbidit. Formasi ini hanya mengandungi satu unit jujukan yang dicirikan oleh litofasies berargilit yang agak tericih. la didominasi oleh fasies batu lumpur dengan lapisan batu pasir nipis. Ketebalan unit ini dianggarkan berjumlah 1500 meter. Formasi Kapilit yang dianggarkan berusia Awal Miosen Tengah hingga Awal Miosen Akhir ditafsirkan terenap di sekitaran nuvio-delta yang didominasi oleh ombak. Formasi ini dibahagikan kapada tiga unit jujukan stratigrafi iaitu Unit I, Unit II dan Unit III. Unit I yang dianggarkan mempunyai ketebalan 1515 meter didominasi oleh litofasies berargilit. la terdiri daripada selang lapis batu lumpur yang dominan dengan batu pasir berlapisan silang. Kehadiran litofasies berarenit yang agak ketara di bahagian atas jujukannya mengambarkan berlaku perubahan mega jujukan mengkasar ke atas. Unit ini telah ditafsirkan terenap di sekitaran prodelta hingga ke dataran detla. Unit II yang dianggarkan mempunyai ketebalan 1010 meter juga menunjukan litofasies, perubahan menegak jujukan dan sekiratan pengendapan yang hampir sam a dengan batuan Unit I. Unit ini mengandungi fasies batu arang dan fasies batu lumpur berkarbon di bahagian atas jujukannya. Unit III dianggarkan mempunyai ketebalan 505 meter dicirikan litofasies berarenit dan berudit. Batuannya terdiri daripada selang lapis batu pasir kasar, konglomerat polimik dan sedikit batu lumpur. Unit ini ditafsirkan terenap di sekitaran nuvial. Lapisan batu arang yang tebal telah dijumpai di bahagian atas jujukan Unit II. Lapisan yang mempunyai ketebalan antara 0.3 hingga 1.0 meter ini tertabur secara lateral dengan menipis ke arah selatan, baratlaut dan tenggara. Batu arang yang mempunyai peratus kandungan organik keseluruhan (TOC) antara 69.66% - 71.32% dan bahan meruap antara 44.16% - 48.32% telah dikelaskan sebagai sub-bitumin bermeruapan tinggi. Analisis kuantitif menunjukkan punca kerogen dalam batu arang telah ditentukan sebagai jenis huminit yang berasal dari tumbuhan peringkat tinggi dengan campuran sedikit sapropelit iaitu humus daratan. Kerogen ini merupakan kerogen tidak matang dengan 95% bolehubah. Simpanan batu arang yang telah dianggar adalah sebanyak 14 juta tan

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kalabakan formation, Kapilit formation, mudstone
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 03 Apr 2018 09:36
Last Modified: 03 Apr 2018 09:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19701

Actions (login required)

View Item View Item