Gaya asuhan ibu bapa dan disiplin pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan

Sitti Rahimah Yusuppu (2013) Gaya asuhan ibu bapa dan disiplin pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (935kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau empat gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa dalam membentuk anak-anak menjadi Insan yang sempuma akhlaknya. Penelitian yang diutamakan ialah hubungan antara empat gaya asuhan ibu bapa dan masalah disiplin yang kini hebat diperkatakan kian melanda anak-anak merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian. Masalah disiplin ini sering diperkatakan dan telah dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ini kerana tidak mustahil masalah disiplin anak remaja tersebut adalah bertitik tolak daripada masalah tingkah laku mereka di rumah sejak zaman kanak-kanak lagi. Objektif kajian ialah melihat sama ada terdapat hubungan empat gaya asuhan Ibu bapa dan masalah disiplin pelajar. Selain itu kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh empat gaya asuhan ibu bapa dan masalah disiplin pelajar. Seramai 278 orang murid tingkatan 5 dari 7 buah sekolah menengah dl Wilayah Persekutuan Labuan digunakan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah soal-selidik yang mengandungi 70 item dengan berskala likert lima. Data dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 21.0 dan dapatan akan dilaporkan dalam bentuk deskriptif (min) dan inferensi (Korelasi dan Regreasi). Data yang diperolehi akan diuji menggunakan 'Alpha Cronbach’.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: upbringing method, parent, disciplinary problems, teenager
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ755.7-759.92 Parents. Parenthood Including parent and child, husbands, fathers, wives, mothers
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 05 Apr 2018 15:19
Last Modified: 19 Dec 2025 09:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19752

Actions (login required)

View Item View Item