Keberkesanan langkah-langkah mitigasi dalam penilaian impak alam sekitar (EIA) untuk aktiviti pemprosesan petroleum dan gas asli di Bintulu

Rosmah Ibrahim (2014) Keberkesanan langkah-langkah mitigasi dalam penilaian impak alam sekitar (EIA) untuk aktiviti pemprosesan petroleum dan gas asli di Bintulu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Keberkesanan langkah-langkah mitigasi.pdf

Download (536kB) | Preview

Abstract

laporan data pengawasan atau data pemantauan (pasca EIA) boleh digunakan untuk menentukan keberkesanan langkah mitigasl dalam EIA. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan langkah mitigasi dengan menganalisis laporan data pemantauan dengan garis dasar dan piawai Jabatan Alam Sekitar dengan menggunakan data pemantauan untuk aktiviti petroleum dan gas asli di Bintulu, sarawak. Nilai sisihan antara nilai garis dasar dan nilai data pemantauan digunakan untuk menentukan keberkesanan langkah mitigasi dengan menukar nilai perpuluhan sisihan ke peratusan sisihan. Peratusan sisihan dibahagikan kepada skala untuk menentukan keberkesanan langkah mitigasi. Hal ini kerana data pemantauan yang melebihi had garis dasar dapat menunjukkan keberkesanan langkah mitigasi yang diusulkan dalam EIA untuk menebat impak ke atas alam sekitar. Kajian menunjukkan kedua-dua Loji A dan Loji B yang dikaji data pemantauannya mempunyai langkah mitigasl yang berkesan dalam mengawal dan mencegah pencemaran terhadap alam sekitar secara umumnya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: mitigation measure, petroleum and gas, monitoring data, deviation
Subjects: T Technology > TN Mining engineering. Metallurgy
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 09 Apr 2018 09:35
Last Modified: 09 Apr 2018 09:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19775

Actions (login required)

View Item View Item