Mazliah Jimran (2008) Tahap bahan zarahan (PM10) pada lampu isyarat Jalan Sulaman - UMS. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Tahap bahan zarahan.pdf Download (11MB) | Preview |
Abstract
Satu kajian mengenai kepekatan PM₁₀ telah dijalankan di lampu isyarat Jalan SulamanUMS. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kepekatan semasa PM₁₀ di lokasi kajian, membandingkan perbezaan kepekatan PM₁₀ pada hari biasa dan hujung minggu serta mengetahui perhubungan dengan jumlah kenderaan dan parameter meteorologi (kelajuan angin dan suhu). Pengukuran kepekatan PM₁₀ ini dilakukan dengan menggunakan Ambient Particulate Matter Sampler. Pensampelan dilakukan selama enam hari iaitu tiga hari mewakili hari biasa dan tiga hari lagi mewakili hujung minggu. Hasil analisis data menunjukkan kepekatan PM₁₀ pada hari biasa lebih tinggi berbanding hujung minggu. Kepekatan PM₁₀ pada Hari Khamis, 27hb Disember 2007 merupakan yang tertinggi sekali di mana julat kepekatannya ialah di antara 0.002 - 0.190 µg/m³, diikuti oleh Hari Jumaat, 4hb Januari 2008 (0.036-0.248 µg/m³), Hari Rabu, 19hb Disember 2007 (0.012-1.053 µg/m³ Hari Ahad, 16hb Disember 2007 (0.002-0.190 µg/m³ Hari Sabtu, 5hb Januari 2008 (0.002-0.091 µg/m³) dan Hari sabtu, 15hb Disember 2007 (0.002-0.190 µg/m³). Korelasi koefisien kepekatan PM₁₀ dengan jumlah kenderaan adalah r = 0.93 dan terdapat perhubungan antara kepekatan PM₁₀ dengan faktor meteorologi.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | concentration, total of vehicles, wind speed, temperature |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 09 Apr 2018 09:34 |
Last Modified: | 09 Apr 2018 09:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19779 |
Actions (login required)
View Item |