Mohd Izwan Norazmi (2008) Status pembiakan buaya air masin Crocodylus Porosus yang hidup di kawasan ekosistem tinggalan paya bakau sungai Kinarut dan Sungai Beringis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
0001.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Sebanyak enam penelitian lapangan menggunakan lampu sorot telah dijalankan bagi buaya (Crocodylus porosus Schneider) di antara bulan November 2007 hingga Februari 2008. Tiga penelitian lapangan dijalankan di mana, jarak penelitian terhad di kawasan yang dipengaruhi oleh air pasang-surut dengan jarak sejauh empat kilometer di Sungai Kinarut, manakala tiga penelitian lapangan lagi dilakukan di sepanjang Sungai Beringis dengan jarak sejauh lima kilometer. Penelitian lapangan dilakukan ketika air surut pada waktu Malam (1900-0600) berpandukan kepada jadual pasang surut bagi Bandar Kota Kinabalu. Dua orang pemerhati meneliti setiap tebing sungai dengan menggunakan lampu sorot daripada bot dengan kelajuan 6.0-8.0 km/j. Buaya yang dikesan dikelaskan kepada tujuh kategori :Kelas 1 = ≤ 0.5 m; Kelas 2 = 0.5 - ≤ 1.0 m; Kelas 3 = > 1.0 - ≤ 1.5 m; Kelas 4 = > 1.5 - ≤2.0 m; Kelas 5 = > 2.0 - ≤3.0 m; Kelas 6 => 3.0 m; Kelas 7 = EO (mata sahaja). Kedudukan buaya ditandakan di dalam GPS (Global Positioning System). Sejumlah 36 individu dikesan di Sungai Beringis dengan kepadatan populasi antara 1.2 km⁻¹ hingga 3.2 kini untuk setiap tinjauan. Manakala tiada individu yang direkodkan di sepanjang Sungai Kinarut. Di Sungai Beringis, Individu Kelas 1 mencatatkan bilangan individu tertinggi dengan (61.1 %), diikuti dengan kelas 2 (25%), dan kelas 7 (8.3%), manakala Kelas 3 dan Kelas 6 masing-masing mencatatkan (2.8%). Hasil penelitian lapangan menunjukkan bahawa ekosistem tinggalan paya bakau yang kedl masih dapat menampung populasi buaya secara semulajadi.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | tidal area, Crocodile, mangrove ecosystem |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) |
Department: | INSTITUTE > Biotechnology Research Institute (BRI) |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 12 Apr 2018 09:12 |
Last Modified: | 12 Apr 2018 09:12 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19844 |
Actions (login required)
View Item |