Hafiza Qariah Arifin (2008) Pembinaan dan pencirian elektrod pemilih ion ferum(iii) berasakan poli (Asid Hidroksamik) sebagai Ionopor. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Pembinaan dan pencirian elektrod pemilih ion ferum(iii) berasakan poli (Asid Hidroksamik) sebagai Ionopor.pdf Download (724kB) | Preview |
Abstract
Poli (asid hidroksamik) telah digunakan sebagai ionopor dalam membran Fe(III)-ISE yang dibina dengan komposisi 62% DEP, 30% PVC, 5% ionopor (PHA) dan 3% garam lipofilik (NaTPB). Fe(III)-ISE menunjukkan respon keupayaan linear untuk pengukuran aktiviti ion padajulat kepekatan 1.0 x 10-1 M hingga 1.0 x 10-5 M dengan kecerunan Nemstian 15.83 mVdekad-1 dan anggaran had pengesanan adalah 1.78 x 1 O-6 M. Elektrod pemilih ion Fe(III) yang dicadangkan mempunyai masa respon antara 5-16 saat pada julat pH berkesan iaitu pH 3 bingga 6 dengan jangka hayat elektrod sehingga 7 minggu tanpa perubahan keupayaan yang signifikan. Pemalar selektiviti menunjukkan sifat keselektifan yang baik terhadap ion Fe3+ berbanding beberapa ion-ion pengganggu kation seperti ion Na, ~ Ca(II), Zn(II), Mn(II), Pb(II) dan Cu(II). Penggunaan Fe(III)-ISE telah diuji dengan menentukan kepekatan ion Fe3+ yang hadir dalam sampel air dari bukit Kolej E, UMS dan dibandingkan dengan penentuan kepekatan menggunakan AAS.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Hydroxamic acid , Ionophore , electrode , ion |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 19 Apr 2018 11:38 |
Last Modified: | 19 Apr 2018 11:38 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19863 |
Actions (login required)
View Item |