Lim, Jason Yek Sen (2000) Penghasilan produk kering (teh roselle dan ready mix roselle powder) daripada kaliks roselle. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000027.pdf Download (4MB) | Preview |
Abstract
Roselle (Hibiscus Sabdariffa L.) merupakan sejenis spesies bunga raya daripada Famili Malvaceae yang berpotensi sebagai tanaman komersil dan produk makanan di dalam industri makanan. Kaliksnya yang berwarna merah dan boleh dimakan telah digunakan untuk pembangunan beberapa produk minuman. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan produk kering daripada kaliks Roselle dan melihat penerimaan terhadap produk yang dihasilkan. Kajian ini menunjukkan produk-produk kering seperti the Roselle dan ready mix Roselle powder telah berjaya dihasilkan daripada kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Serbuk Roselle yang telah dihasilkan telah dijalankan ujian kelembapan, nilai pH, jumlah pepejal terlarut dan ujian mikrobiologi bagi mengkaji ciri-ciri serbuk yang dihasilkan. Produk akhir yang dihasilkan daripada serbuk Roselle adalah tahan disimpan pada suhu bilik dan tidak terdapat pertumbuhan mikroorganisma. Ekstrakan daripada serbuk Roselle juga menghasilkan warna merah semulajadi yang menarik. Ujian sensori ke atas teh Roselle dan ready mix Roselle powder telah menunjukkan produk-produk ini adalah diterima. Teh Roselle telah dinilai dari segi warna, kemasaman serta kekelatannya berdasarkan berat serbuk teh Roselle yang berlainan. Didapati 2g serbuk teh Roselle yang dilarutkan dengan air panas pada kadar 1:100 dan ditambah gula sehingga 12°Brix lebih diterima dengan warna yang lebih terang dan kurang rasa kemasaman dan kekelatannya. Ready mix Roselle powder mengandungi serbuk Roselle, gula halus dan agen antikempal (sodium karbonat). Bagi ready mix Roselle powder, beberapa formulasi dengan jumlah kandungan gula yang berlainan telah dijalankan ujian sensori. Formulasi yang paling diterima dari segi warna, kemasaman, kekelatan dan kemanisan adalah 2g serbuk Roselle yang ditambah dengan 15g gula halus dan dilarutkan dalam 200ml air panas dengan bacaan 8°Brix.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Dry products, Tea rosell, Roselle powder, Ready mix, Roselle calyx |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX642-840 Cooking |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 23 Mar 2011 18:12 |
Last Modified: | 16 Oct 2017 14:03 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1988 |
Actions (login required)
View Item |