Pemodelan dinamik populasi cengkerik menggunakan kaedah regresi, model pearl-verhulst dan splin kubik

Koh, Sheby Wan Wieng (2008) Pemodelan dinamik populasi cengkerik menggunakan kaedah regresi, model pearl-verhulst dan splin kubik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
pemodelan dinamik populasi cengkerik.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Dinamik populasi merupakan kajian terhadap perubahan sesuatu populasi, akibat daripada perubahan di sekelilingnya, yang menyebabkan perubahan yang berlaku dalam populasi tersebut. Dalam kajian ini, pembelaan cengkerik secara eksperimen terhadap populasi cengkerik telah dilakukan di makmal Botani di Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Data yang diperolehi dalam tiga bulan adalah 15 sampel hasil daripada kajian pertama serta 5 sampel daripada kajian yang kedua. Objektif-objektif kajian dalam kajian ini adalah untuk mengkaji kadar pertumbuhan dan kematian dinamik populasi cengkerik, menganggar jumlah optimum penghasilan cengkerik, dan melihat model dan teori matematik yang terdapat dalam dinamik populasi cengkerik. Perisian komputer yang digunakan untuk membantu dalam pengiraan adalah Maple 10, Microsoft Excel, dan SPSS 13. 0. Dalam kajian ini, pengiraan untuk mendapatkan model terbaik melalui kaedah regresi, lapan kriteria, analisis residual, dan ujian kerawakan dilakukan dengan peri sian komputer SPSS 13. 0 dan Microsoft Excel. Kadar pertumbuhan cengkerik dikaji menggunakan model pertumbuhan Pearl-Verhulst dengan bantuan peri sian komputer Maple 10. Selain daripada itu, dengan bantuan perisian komputer Maple 10, interpolasi splin kubik dapat juga dilakukan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: crickets' population, growth rate, death rate
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 04 May 2018 15:41
Last Modified: 04 May 2018 15:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19998

Actions (login required)

View Item View Item