Azhar Asmuin (2008) Kepekatan logam di dalam spesies bivalvia dan gastropoda di persisiran pantai Bongawan, Papar dan Putatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Kepekatan logam di dalam spesies bivalvia.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kandungan logam kadmium, plumbum, kuprum, zink dan ferum dalam spesies kerang seperti Anadara granosa, Crassostrea gigas, Polymesoda expansa, Callista chione dan gastropoda seperti Cerithidea obtusa di kawasan pesisir pantai Bongawan, Kg. Batu 34, Kg Piau, Kg Mandahan, Pantai Lok kawi danjuga Tanjung Dumpil, Putatan. Sebanyak 12 stesen persampelan telah dipilih. Kaedah yang terlibat dalam kajian ini adalah kaedah penghadaman basah dengan menggunakan asid sulfurik, asid hidroklorik dan asid nitrik, serta penganalisaan logam berat dengan menggunakan AAS untuk mengetahui kepekatan logam - logam berat di dalam sampel - sampel tersebut. Secara umumnya, majoriti kerang dan siput yang dikaji mengandungi kepekatan logam yang berada di bawah had maksimum piawaian Akta Makanan 1983 bagi logam berat. Kepekatan logam kuprum, ferum dan zink bagi spesies bivalvia dan gastropoda yang dikaji direkodkan dengan julat masing - masing 1.675±0.194 mgkg⁻¹ hingga 98.463±0.44 mgkg⁻¹ bagi kuprum, 30.39±12.395 mgkg⁻¹ hingga 172.4121.750 mgkg⁻¹ bagi ferum dan 4.425±1.432 mgkg⁻¹ hingga 106.417±11.364 mgkg⁻¹ bagi zink. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa spesies kerang yang mempunyai kepekatan logam yang tinggi berbanding had maksimum di dalam Akta Makanan 1983. Contohnya seperti spesies Crassostrea gigas dalam stesen 4 (2 mgkg⁻¹±0.328) di kawasan Kg. Bt. 34, yang mana melebihi telah melebihi had maksimum yang ditetapkan (1 mgkg⁻¹). Kepekatan logam plumbum yang melebihi had maksimum (2 mgkg⁻¹) juga dicatatkan pada stesen 4 (10.475±4.030 mgkg⁻¹) dan stesen 7 (16.58811.573 mgkg⁻¹) di kawasan pesisir Pantai Lok kawi, juga dalam spesies Crassostrea gigas. Bagi logam Zn pula, spesies Polymesoda expansa pada stesen 1 dan spesies Crassostrea gigas pada stesen 4 mencatatkan nilai kepekatan melebihi had maksimum Akta Makanan (1983) (100 mgkg⁻¹) dengan nilai masing - masing 105.99±1.994 mgkg⁻¹ dan 106.417111.364 mgkg⁻¹.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | concentration, oyster, lokan clam, Anadara granosa, Callista chione, bivalves, gastropod, wet digestion |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 04 May 2018 15:41 |
Last Modified: | 04 May 2018 15:41 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20003 |
Actions (login required)
View Item |