Mohd. Zaki Engal (2008) Kandungan logam berat di dalam spesies Bivalvia di sekitar pantai dan paya bakau Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Kandungan logam berat di dalam spesies Bivalvia di sekitar pantai dan paya bakau Tuaran.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kandungan logam kadmiwn, plumbum, kuprum, zink dan ferum dalam spesies bivalvia seperti Crassostrea gigas, Polymesoda expansa, dan Callisla sp. di kawasan pantai Sabandar, paya bakau Salut dan Mengkabong. Sebanyak 15 stesen persampelan telah dipilih dalam setiap kawasan kajian. Kaedah yang terlibat dalam kajian ini adalah kaedah penghadaman basah dengan menggunakan asid sulfurik, asid hidroklorik dan asid nitrik serta penganalisaan logam berat dengan menggunakan AAS untuk mengetahui kepekatan logam - logam herat di dalam sampel - sampel tersebut. Secara umumnya, hampir semua spesies bivalvia yang telah dikaji mengandungi kepekatan logam berat yang berada di bawah had maksimum piawaian Akta Makanan 1983. Kepekatan logam Cd bagi semua spesies bivalvia adalah dalam julat 0 - 0.07 mgkg-l, 22 - 86 mgkg-l bagi logam Zn, 16 - 159 mgkg-l bagi logam Fe, 0 - 6 mgkg-l bagi logam Pb dan 2 - 44 mgkg-l bagi logam Cu. Walaubagaimanapun, terdapat juga beherapa spesies bivalvia yang mempunyai kepekatan logam Pb dan Cu yang tinggi sehingga melebihi had maksimum kepekatan logam Pb (2 mgkg-l) dan Cu (30 mgkg-l) di dalam Akta Makanan 1983. Kepekatan logam Pb yang melebihi had maksimum dalam Akta Makanan 1983 dicatatkan pada spesies Callista sp. di stesen S 1 (2.575±0.652 mgkg-l) di kawasan Sabandar, spesies Polymesoda expansa pada stesen Tl dan T3 (2.43±O.21 mgkg-l dan 2.81±O.41 mgkg-l masing - masing) di kawasan Salut, spesies Crassostrea gigas pada stesen M2 (3.71±1.47 mgkg-l) di kawasan Mengkabong. Manakala bagi kepekatan logam kuprum yang melebihi had maksimum (30 mgkg-l) dalam Akta Makanan 1983 hanya dicatatkan pada spesies Callista sp. di stesen M 1 dan M2 (43.525±6.600 mgkg-l dan 43.658±2.963 mgkg-l masing - masing) di kawasan Mengkabong.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Crassostrea gigas , Polymesoda expansa , Perna viridis and Callista sp. , Tuaran |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 15 May 2018 09:51 |
Last Modified: | 15 May 2018 09:51 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20054 |
Actions (login required)
View Item |