Kajian populasi buaya air masin, Crocodylus Porosus di Sungai Klias, Sabah

Marlina Lasama (2008) Kajian populasi buaya air masin, Crocodylus Porosus di Sungai Klias, Sabah. Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kajian populasi buaya air masin.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Sebanyak tiga tinjauan telah dilakukan untuk mengkaji populasi buaya air masm, Crocodylus porosus di Sungai Klias, Sabah. Tinjauan dilakukan pada bulan Januari sehingga Februari 2008 merangkumi sepanjang lebih kurang 37 kilometer Sungai Klias. Buaya yang dikesan dikelaskan ke dalam tujuh kategori kelas iaitu: Kelas 1 (≤0.5); Kelas 2 (0.5 - ≤1.0); Kelas 3 (> 1.0 - ≤1.5); Kelas 4 (> 1.5 - ≤2.0); Kelas 5 (> 2.0 - ≤3.0); Kelas 6 (> 3.0) dan Kelas 7 (Mata Sahaja). Setiap koordinat lokasi di mana buaya dikesan telah ditandakan menggunakan GPS (Global Positioning System). Sejumlah 71 individu telah dikesan dengan kepadatan minimum di antara 0.49 - 0.89 km⁻¹. Kelas 1 mencatatkan kekerapan yang paling tinggi iaitu 63.38% diikuti dengan Kelas 7 iaitu 19.72%. Kelas 2 mencatatkan sebanyak 14.08% dan Kelas 3 sebanyak 2.82%. Kepadatan populasi buaya di Sungai Klias adalah stabil dan dapat dibandingkan dengan kepadatan populasi pada kajian sebelum ini. Struktur populasi buaya menunjukkan bahawa buaya masih lagi dapat membiak dengan baik di Sungai Klias. Berdasarkan bilangan individu anak buaya yang tinggi, Sungai Klias merupakan kawasan yang diperlukan sebagai habitat untuk pemuliharaan Crocodylus porosus di Sabah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: saltwater crocodile, Klias River, population
Subjects: Q Science > QL Zoology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 04 Jun 2018 08:21
Last Modified: 04 Jun 2018 08:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20140

Actions (login required)

View Item View Item