Penentuan sebatian perasa daripada pelbagai jenis biskut

Mohamad Asraf Mattasin (2008) Penentuan sebatian perasa daripada pelbagai jenis biskut. Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Penentuan sebatian perasa.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian dilakukan untuk menentukan sebatian perasa yang terdapat di dalam pelbagai sampel biskut dari pelbagai jenis dan pelbagai jenama. Sampel biskut yang dikaji mempunyai perasa krim kraker, gandum dan bijan serta satu jenis kawalan bagi membandingkan keputusan antara biskut yang mempunyai perasa tambahan dan biskut yang tidak mempunyai perasa tambahan. Peralatan Likens dan Nickerson dan Vigraux digunakan untuk mengekstrak sebatian perasa manakala peralatan Kromatografi Gas- Pengesan Nyalaan Ion (GC-FID) digunakan untuk analisis sebatian perasa. Untuk menentukan sebatian perasa, peralatan kromatografi gas (GC-FID) digunakan Sebatian perisa yang dikaji adalah sebatian pirazina iaitu 2,3 dimetilpirazina, 2,5 dimetilpirazina, dan 2,6 dimetilpirazina. Hanya sampel krim kraker yang mengandungi 2,3-DMP dan 2,5-DMP manakala sampel-sampel lain tidak mengandungi sebatian pirazina yang dapat dikesan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: biscuits, flavour compound
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 05 Jun 2018 08:33
Last Modified: 05 Jun 2018 08:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20148

Actions (login required)

View Item View Item