Kajian kromosom ikan kerapu harimau (Epinephelus Fuscoguttatus) pada jangka waktu suntikan colcemid yang pelbagai

Mohamad Izwan Mohd Noor (2008) Kajian kromosom ikan kerapu harimau (Epinephelus Fuscoguttatus) pada jangka waktu suntikan colcemid yang pelbagai. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian kromosom ikan kerapu harimau.pdf

Download (914kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi memperoleh serakan kromosom metafasa yang balk bagi ikan Kerapu Harimau, Epinephelus fuscoguttatus (E.fuscoguttatus) melalui kaedah pemetaan kromosom. Untuk mendapatkan profil yang lengkap bagi E. fuscoguttatus, colcemid disuntik selama 2.5,3.0,3.5 dan 4.0 jam mengikut kaedah Ergene et al. (1998) bagi mengenalpasti tempoh optimum pembelahan mitosis untuk peringkat metafasa. Keputusan yang diperoleh dianalisis dengan mengunakan kaedah yang dijalankan oleh Rosenblatt dan Johnson (1974). Keputusan kajian mendapati, semua ikan berjantina betina dan karyotype bagi ikan kerapu yang disuntik colcemid selama 2.5 jam adalah 12M + 12SM + 24A manakala bagi suntikan colcemid selama 3.0 jam adalah 10M + 12SM + 26A. Bagi suntikan colcemid selama 3.5 jam, karyotype ikan kerapu adalah 12M + 6SM + 30A. Bagi suntikan colcemid ke dalam ikan kerapu selama 4.0 jam, karyotype kromosom adalah 8M + 6SM + 34A. Philips et al. (2006) menyatakan kromosom akrosentrik hadir pada karyotype ikan teleost sebanyak 70% sehingga 100% daripada jumlah kromosom lengkap ikan teleost. Maka dapat disimpulkan bahawa, jangka waktu suntikan colcemid yang optimum bagi ikan kerapu untuk mendapatkan peringkat metafasa adalah selama 4.0 jam. Ini kerana, jumlah kromosom akrosentrik yang diperoleh dalam kajian mengikut suntikan colcemid selama 4.0 jam adalah sebanyak 17 pasang iaitu 71% daripada jumlah keseluruhan kromosom lengkap dan jumlah ini terkandung dalam peratusan jumlah kromosom akrosentrik yang dinyatakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Tiger Grouper, karyotyping, metaphase chromosome
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 20 Jun 2018 08:25
Last Modified: 20 Jun 2018 08:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20159

Actions (login required)

View Item View Item