Nawwal Mohammad Aziz (2008) Kesan suhu dan etilena ke atas pemasakan dan kualiti buah pisang berangan. Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Kesan suhu dan etilena .pdf Download (896kB) | Preview |
Abstract
Kajian mengenai kesan suhu dan etilena ke atas pemasakan dan kualiti buah pisang telah dijalankan. Setiap pisang dibahagikan kepada 3 suhu iaitu suhu bilik sejuk 13±3°C, di dalam makmal 20±3°C dan di luar makmal 29±3°C dan dirawat dengan etilena dan tanpa etilena. Buah pisang disimpan selama 20 hari dan bacaan diambil setiap 5 hari sekali. Semua pisang mencapai tahap kemasakan pada suhu yang optimum iaitu pada suhu dalam makmal 20±3°C. Pada suhu ini, kesemua proses kimia adalah lebih cepat berbanding dengan proses fizikal. Suhu 20±3°C merupakan suhu yang optimum untuk memasakan buah pisang untuk mencapai tahap pemakanan dari segi TSS, perubahan warna dan rasa. Buah pisang yang disimpan pada suhu bilik sejuk tidak mengalami proses pemasakan manakala buah pisang yang disimpan pada suhu luar makmal mengalami proses pemasakan yang agak cepat dan buah pisang cepat buruk apabila disimpan pada jangka hayat yang panjang. Rawatan dengan etilena atau tanpa etilena tidak memberi kesan ke atas proses pemasakan buah pisang. Terdapat tiada interaksi di antara suhu dan etilena pada ketiga-tigajenis suhu ke atas pemasakan dan kualiti buah pisang.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | effect of temperature, ethylene, banana, fruit ripening |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 20 Jun 2018 08:25 |
Last Modified: | 20 Jun 2018 08:25 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20161 |
Actions (login required)
View Item |