Norsyuhaida Ahmad Shafawi (2008) Pengaruh waktu penuaian terhadap berat bersih, saiz, bilangan dan indeks warna cili varieti kulai. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Pengaruh waktu penuaian terhadap berat bersih.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menguji sama ada waktu penuaian mempengaruhi berat basah, saiz, dan bilangan serta membuktikan pada hari ke-71 , peratusan indeks kematangan cili hijau iaitu indeks satu paling banyak dan pada waktu penuaian hari ke-75, peratusan indeks kematangan untuk cili merah iaitu indeks empat dan lima paling tinggi. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan pengukuran yang mendapat sokongan penyelia dan sampel didapati daripada ladang yang dipantau oleh Jabatan Pertanian supaya kuatiti amalan pertanian terjamin. Didapati berat basah sepokok cili dan ukur litit buah cili tidak dipengaruhi secara ketara oleh waktu penuaian kerana perbezaannya tidak signifikan (p>0.05) manakala panjang buah, berat basah sebiji buah dan buangan adalah signifikan dan dipengaruhi. Kajian ini juga membuktikan hari penuaian ke-71 memberikan peratusan indeks kematangan satu yang paling tinggi dan hari penuaian ke-75 memberikan peratusan indeks kematangan empat dan lima yang paling tinggi. Parameter-pameter yang dikaji adalah juga bergantung kepada beberapa faktor lain iaitu cuaca yang tidak menentu dan jangka hayat buah cili untuk gugur dari pokok.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | harvesting time, chilli, maturity index |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 20 Jun 2018 08:48 |
Last Modified: | 20 Jun 2018 08:48 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20172 |
Actions (login required)
View Item |