Pengaruh agama dalam interaksi dan toleransi etnik: Kajian ke atas pelajar bumiputra Sabah di Universiti Malaysia Sabah

Budi Anto Mohd Tamring (2008) Pengaruh agama dalam interaksi dan toleransi etnik: Kajian ke atas pelajar bumiputra Sabah di Universiti Malaysia Sabah. Masters thesis, School of Social Sciences.

[img]
Preview
Text
mt0000000013.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan persoalan etnisiti di Sabah. Secara khususnya, dengan menggunakan sampel kajlan yang terdiri danpada golongan pelajar bumiputera Sabah (Kadazandusun dan Bajau) yang menuntut di Universiti Malaysia Sabah, kajian ini cuba memahami pengaruh agama dalam hubungan etnik yang mereka alami dalam persekitaran sosial pelbagai etnik di universiti. Khususnya kajian ini cuba mengukur tahap interaksi dan toleransi etnik di kalangan mereka dan secara serentak cuba memahami sarna ada agama merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi tahap interaksi dan toleransi tersebut. Dengan berpandukan kaedah pengukuran jarak sosial Borgadus, sejumlah item dalam bentuk pemyataanpemyataan yang mengukur interaksi dan toleransi etnik telah dibina secara beraslngan untuk tujuanini. Sekaligus, nilai indeks sebagal petunjuk tahap interaksi dan toleransi juga telah digunakan dalam analisis data. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap interaksi dan toleransi etnik dl kalangan pelajar Kadazandusun dan Bajau di Sabah adalah tinggi. Sementara perbezaan agama mahupun tahap keagamaan yang berbeza di kalangan mereka juga jelas tidak mempengaruhi tahap interaksi dan toleransi etnik di kalangan mereka. Tahap interaksi dan toleransi etnik yang tinggi inj tidak dinafikan boleh difahami sebagai menggambarkan tindakan rasiona'i dan sikap pragmatik yang diamalkan pelajarpelajar Inl dalam konteks sosial harian mereka di universiti. Dalam persekitaran sosial pelbagai etnik yang mereka lalui di unlversiti, tindakan dan sikap sedemlklan sudah tentunya lebih relevan dan menguntungkan dan segi pengajian akademlk mereka berbanding dengan tindakan dan sikap sempit yang mengutamakan keetnikan masing-masing. Pada masa yang sama penelitian terhadap pengalaman keseluruhan masyarakat pribumi di Sabah juga membantu menjelaskan fenomena ini. Pengalaman hubungan etnik di antara anggota kumpulan-kumpulan etnlk pribumi di Sabah juga memperlihatkan interaksi dan toleransi etnik yang tinggi. In! bermakna, hasil kajlan menunjukkan bahawa hubungan etnik di peringkat mikro, iaitu di peringkat hubungan soslal harian di kalangan pelajar di persekitaran kampus universiti juga konslsten dan dapat dlhujah sebagai memperkukuhkan penerusan pengalaman hubungan etnik yang mereka warisi dl peringkat makro, iaitu di peringkat hubungan etnik masyarakat umum yang lebih luas.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Ethnicity, Kadazandusun, Bajau, Sabah's ethnics
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT1501-1595 Races: Including race as a social group and race relations in general
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 08 Aug 2011 08:55
Last Modified: 14 Nov 2017 15:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2024

Actions (login required)

View Item View Item