Akumulasi faseolin pada kotiledon dan biji benih kacang buncis melalui Elicitor abiotik : radiasi ultra ungu

Sofiah Othman (2008) Akumulasi faseolin pada kotiledon dan biji benih kacang buncis melalui Elicitor abiotik : radiasi ultra ungu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Akumulasi faseolin pada kotiledon.pdf

Download (608kB) | Preview

Abstract

Fitoalexin merupakan bahan yang dihasilkan oleh tumbuhan hanya selepas dielisitasi oleh pelbagai agen biotik dan abiotik. Faseolin merupakan sejenis fitoalexin yang dihasilkan oleh kacang buncis. Fitoalexin diekstrak daripada kotiledon dan biji benih kacang buncis tanpa kotiledon yang dielisitasi dengan radiasi UV. Tempoh masa elisitasi radiasi UV ini adalah selama 10,20 dan 30 mint. Ekstraksi dilakukan menggunakan metanol 100 %. Pelet yang tertinggal diekstrak semula dengan menggunakan metanol 100 % dan diruapkan menggunakan evaporator. Faseolin dikenalpasti melalui jalur bewarna biru muda pada plat TLC dan mempunyai nilai Rf 0.58. Zon jalur tersebutd ikikis dan faseolin dilarutkan denganm enggunakanm etanol 100%. Kepekatan faseolin ditentukan dengan menggunakan UV spektrofotometer pada panjang gelombang 280 nm. Didapati faseolin hanya disintesis pada kotiledon yang dielisitasi selama 10,20 dan 30 mint sahaja dan tidak disintesis pada biji benih tanpak otiledon padak esemuate mpohm asae lisitasi. Perbandingan kepekatan faseolin antara tempoh masa elisitasi menunjukkan kepekatan faseolin meningkat dengan pertambahan masa radiasi UV tetapi turun semula jika menerima radiasi UV yang berlebihan. Kajian menunjukkan terdapat korelasi positif yang menunjukkan hubungkait antara masa elisitasi radiasi UV dengan sintesis faseolin.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Phytoalexin, beans, elicitation
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 12 Jul 2018 14:26
Last Modified: 12 Jul 2018 14:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20241

Actions (login required)

View Item View Item