Pengesanan dormansi beberapa varieti padi unggul yang telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian Sabah

Salehah Abdul Razak (2008) Pengesanan dormansi beberapa varieti padi unggul yang telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengesanan dormansi beberapa varieti.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji samada varieti-varieti padi baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Sabah mempunyai dormansi atau tidak. Sampel 6 varieti padi diambil dari Jabatan Pertanian Sabah dan ditanam dalam pasu di Makmal Luar Sekolah Pertanian Lestari untuk mendapatkan sumber benih dengan kematangan 90% barulah dituai. Ujian dormansi dilakukan ke atas biji benih padi yang baru dituai. Ujian dormansi dilakukan selama dua minggu dan pemerhatian diambil pada hari ke-3,5,7 dan 14 hari selepas tuai. Peratus percambahan setiap varieti dan analisis ANOVA yang dijalankan menunjukkan terdapat variasi ketara peratus percambahan diantara varieti yang dikaji. Data menunjukkan bahawa kebanyakan biji benih yang baru dituai mempunyai dormansi kecuali varied TR 7 yang tiada dormansi dan mencatatkan peratus percambahan tertinggi iaitu 84.33% masing-masing diikuti oleh varieti padi IR72 (62.00%); MR 159 (48.33%); IR 54 (35.00%); TQR-2 ( 26.67%) dan TQR-1 (22.33%) dalam masa 14 hari selepas dituai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: paddy varieties, dormancy, paddy seed
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 11 Jul 2018 09:01
Last Modified: 11 Jul 2018 09:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20460

Actions (login required)

View Item View Item