Pengkuantifikasian dan pengklasifikasian sampah marin di Teluk Likas, Sabah

Rudy Kilip (2008) Pengkuantifikasian dan pengklasifikasian sampah marin di Teluk Likas, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengkuantifikasian dan pengklasifikasian.pdf

Download (825kB) | Preview

Abstract

Pencemaran sampah marin merupakan masalah sekitaran yang sekian lama dihadapi pantai Teluk Likas. Kajian ini merupakan kesinambungan daripada kajian terdahulu iaitu kajian pada tahun 2006. Dalam kajian ini, pengkuantifikasian dan pengklasifikasian sampah-sarap terutamanya sampah kategori Plastik, Fabrik, Kertas, Logani, Kaca, dan Getah dilakukan untuk mengetahui tahap pencemaran semasa sampah di Pantai Teluk Likas. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca pencemaran sampah sarap di kawasan yang dikaji. Tujuan lain kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara bilangan dan berat sampah. Data daripada kajian ini juga dibandingkan dengan data kajian tahun 2006 bagi melihat samada terdapatnya peningkatan atau penyusutan jumlah bilangan dan berat sampah di Teluk Likas. Dengan cara pemilihan transek secara rawak, sampah yang dikutip dicuci, dikeringkan, ditimbang, dan diklasifikasikan mengikut setiap kategori yang telah ditetapkan. Sebanyak 3396 item/100m2 sampah dengan berat sebanyak 14499.36g/100m² telah dikutip sepanjang persampelan ini. Sampah jenis plastik mendominasi kategori bilangan dan berat keseluruhan sampah dengan peratus bilangan sebanyak 94.38% dan peratusan berat sebanyak 65.29%. Didapati bahawa terdapat hubungan antara bilangan sampah dan berat sampah bagi semua kategori sampah dengan nilai signifikan p<0.005 (plastik, r=0.461, p=0.001. fabrik, r=0.622, p=0.003. logam, r=0.827, p=0.003. kertas, r=0.469, p=0.007. getah, r=0.533, p=0.002) kecuali sampah jenis kaca. Kajian ini juga mendapati bahawa Teluk Likas mengalami peningkatan dari segi bilangan (8.86%) dan berat sampah (28.32%) sampah dalam kategori plastik berbanding tahun 2006. Antara punca-punca pencemaran yang dikenalpasti adalah seperti keadaan fizikal dan kedudukan pantai yang cenderung memerangkap sampah daripada laut, aktiviti pelancongan dan sistem pengurusan sisa pepejal yang kurang sistematik. Kajian lanjut berkenaan sampah di bawah permukaan laut, sampah tertimbus di dalam pasir dan sampah terapung harus dilakukan bagi mengetahui status sebenar pencemaran sampah marin di Teluk Likas.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: marine litter, weight, contamination level
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 17 Jul 2018 13:54
Last Modified: 17 Jul 2018 13:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20491

Actions (login required)

View Item View Item