Kesan hormon dan aditie terhadap pembentukan jasad seperti protokom (JSO) pada segmen segmen daun muda orkid

Rod Rudolf S Mojoni (2008) Kesan hormon dan aditie terhadap pembentukan jasad seperti protokom (JSO) pada segmen segmen daun muda orkid. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan hormon dan aditie terhadap pembentukan .pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan untuk mengkaji kesan hormon BAP dan NAA serta kesan bahan aditif seperti 10 % (v/v) air kelapa, 10 % (v/v) jus tomato dan 10 % (v/v) jus nenas dalam pengaruhan jasad seperti protokom (JSP) pada segmen-segmen daun muda orkid Pholidota imbricata. Daun muda orkid Pholidota imbricata dipotong menjadi tiga bahagian iaitu bahagian hujung, tengah dan pangkal dengan saiz 0.5 cm ± 0.1 cm. Eksplan dikulturkan dalam medium MS (Murashige dan Skoog, 1962) yang mengandungi hormon tunggal BAP dan NAA serta secara kombinasi dengan kepekatan tertentu atau hanya mengandungi bahan aditif secara tunggal. Keputusan kajian menunjukkan hormon BAP 4.0 μM dan BAP 5.0 μM memberikan peratusan tertinggi pengaruhan JSP sebanyak 5.6 % dengan nilai bilangan JSP yang teraruh bagi setiap eksplan adalah 1.5 ± 1.0. Selain itu rawatan secara kombinasi hormon pula mendapati empat jenis rawatan iaitu BAP 0.5 μM+NAA2.0μM, BAP 2.0μM+NAA2.0μM, BAP 4.0μM+NAA4.0μMdanBAP 4.0 μM + NAA 5.0 μM memberikan respon terbaik terhadap pengaruhan JSP sebanyak 5.6 %. Namun begitu rawatan BAP 4.0 μM + NAA 5.0 μM memberikan nilai bilangan JSP yang teraruh bagi setiap eksplan yang tertinggi iaitu 3.0 ± 2.4. Bagi rawatan aditif pula didapati 10 % (v/v) jus nenas sahaja yang mengaruhkan pembentukan JSP dengan peratusan sebanyak 2.8 % dan nilai bilangan JSP yang teraruh bagi setiap eksplan adalah sebanyak 1.0 ± 0.5. Akhir sekali, pemerhatian juga mendapati berlaku perubahan warna pada eksplan yang dikulturkan serta eksplan bahagian pangkal didapati adalah yang terbaik dalam mengaruhkan pembentukan JSP.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pholidota imbricata, inductions of protocorm, BAP and NAA hormones
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 17 Jul 2018 13:54
Last Modified: 17 Jul 2018 13:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20494

Actions (login required)

View Item View Item