Kajian terhadap sedementasi di Sungai Balat, Kinabatangan Sabah menggunakan analisis regresi berganda

Christie Peritos (2008) Kajian terhadap sedementasi di Sungai Balat, Kinabatangan Sabah menggunakan analisis regresi berganda. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian terhadap sedementasi di Sungai Balat.pdf

Download (630kB) | Preview

Abstract

Sedimeatasi atau pengumpulan mendapan merupakan proses semulajadi yang dipengaruhi oleh proses geomorfologi dan kitaran hidraulik yang sentiasa berlaku di tebing sungai. Maka dengan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan satu model terbaik yang boleh mewakili jumlah penghasilan sedimen. Model terpilih akan diperoleh menggunakan analisis regresi berganda dan model terbaik akan diperoleh melalui lapan kriteria pemilihan model. Dalam kajian ini, pembolediubah interaksi diambil kira sehingga tertib ketiga dan didapati bahawa pembolehubah interaksi peringkat tinggi adalah signifikan. Peringkat awal kajian memperlihatkan kelemahan data kajian di mana terdapatnya nilai-nilai yang tidak tercerap. Untuk mengatasi kelemahan ini, kaedah kubic splin telah digunakan untuk menganggarkan nilai yang tidak tercerap tersebut. Terdapat lima pembolehubah tidak bersandar yang mempengaruhi jumlah penghasilan sedimen. Tiga ujian dijalankan ke atas parameter setelah model terbaik diperolehi iaitu Ujian Individu, Ujian Keseluruhan dan Ujian Wald. Seterusnya dalah Ujian kerawakan yang bertujuan untuk menguji sama ada slat tertabur secara rawak atau tidak, sekaligus dapat membuktikan bahawa model terbaik memang layak dipilih sebagai model yang terbaik untuk mewakili jumlah penghasilan sedimen.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sediment, multiple regressions method, solid suspension, hidraulic cycle, river banks
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 17 Jul 2018 13:58
Last Modified: 17 Jul 2018 13:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20525

Actions (login required)

View Item View Item