Shum, Siew Peng (2008) Kepekatan minyak gris dan jumlah pepejal yang terkandung dalam air longkang di sekitar pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Kepekatan minyak gris dan jumlah pepejal.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kajian yang dijalankan fokus kepada analisis minyak, gris dan jumlah pepejal air longkang terbuka di sekitar pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, menentukan kualiti air longkang dengan meng6'Unakan Interim Piawaian Indeks Kualiti Air Malaysia dari Jabatan Alam Sckitar. Empat lokasi telah dipilih dalam kajian ini iaitu Pusat membeli-belah Api-Api, pasar bcsar, longkang besar Sembulan dan Asia City. Air Longkang di lokasi tersebut dialirkan terus ke dalam Laut China Selatan. Parameter ex-situ yang dianalisis ialah minyak, gris dan jumlah pepejal. Manakala parameter in-situ yang dikaji ialah pH dan suhu. Sampel air longkang diambil pada 16 Januari 2008, 25 Januari 2008 dan 1 Februari 2008. Lokasi persampe1an di pasar besar mengandungi kepekatan min yak dan gris yang tertinggi iaitu 139.696 mg/L dan manakala kepekatan yang terendah dicatatkan di lokasi Asia City iaitu 91.803 mg/L. Manakala kepekatan jumlah pepejal yang tertinggi terletak di lokasi longkang besar Sembulan iaitu 22.769 mg/L dan lokasi Asia city mempunyai kepekatan jumlah pepejal yang terendah iaitu 0.433 mg/L. Kepekatan minyak dan gris yang didapati di semua lokasi persampelan adalah terlebih daripada 7mg/L, maka terletak di ke1as IIA/IIB dan ke atas.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | water quality, National Water Quality Standards, oil, grease, total solid |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 17 Jul 2018 13:58 |
Last Modified: | 17 Jul 2018 13:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20528 |
Actions (login required)
View Item |