Edith Indek (2005) Pengekstrakan Asid Askorbik daripada buah Nanas Tropika (Ananas Comosus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000045.pdf Download (5MB) | Preview |
Abstract
Asid askorbik dalam variasi buah nanas telah diekstrak serta ditentukan. Terdapat empat variasi buah nanas yang digunakan iaitu variasi Sarawak, Madu dan Babagon. Selain itu, kajian ini juga menentukan amaun asid askorbik pada tiga fasa kemasakan iaitu fasa mentah, inasak dan terlalu masak bagi setiap variasi. Analisis AA adalah berdasarkan kaedah Pentitratan Indofenol. Hasil kajian juga mendapati bahawa amaun asid askorbik paling tinggi bagi buah nanas variasi Madu pada fasa mentah iaitu sebanyak 0.17 mg/g. Buah nanas variasi Babagon pula menunjukkan amaun asid askorbik yang paling sedikit pada fasa terlalu masak iaitu cuma 0.01 mg/g. Secara keseluruhannya amaun asid askorbik pada fasa mentah adalah lebih tinggi berbanding dengan fasa masak dan terlalu masak. Oleh itu, variasi Madu pada fasa mentah amat sesuai untuk dijadikan sebagai sumber asid askorbik bagi tujuan komersil berbanding dengan variasi yang lain.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Ascorbic acid, Pineapple, Plant analysis. |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 22 Mar 2011 17:59 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 13:29 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2065 |
Actions (login required)
View Item |