Nur Attina Roszlan (2008) Geologi am dan analisis kemudahrentanan gelinciran tanah menggunakan model hirisan di kawasan sekitar bandar Sandakan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Geologi am dan analisis kemudahrentanan.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kawasan kajian terletak di Pantai Timur Sabah yang disempadani oIeh latitud 05 ⁰ 48 ' N hingga 05⁰54' U dan longitud 118 ⁰02 'E untuk 118 ⁰ 08' E. Kawasan kajian meliputi kawasan seluas 144 km² I tertumpu kepada analisis kemudahrentanan tanah runtuh menggunakan Model Hirisan di kawasan sekitar Bandar Sandakan, Sabah. Objektif kajian ini termasuk mengkaji latar belakang geologi kawasan ini, mengenalpasti faktor-faktor yang bertanggungjawab menyebabkan tanah runtuh berlaku,mencadangkan langkah mitigasi dalam mengurangkan kesan tanah runtuh dan yang paling penting I memahami penggunaan Model Hirisan dalam analisis kemudahrentanan tanah runtuh. Geologi am kawasan kajian menunjukkan bahawa kawasan kajian adalah didominasl oleh Formasi Sandakan berusia Awal Miosen hingga Miosen l.ewat yang terdiri daripada perlapisan batu pasir, batu lumpur dan batu Iodak. Geologi struktur di kawasan kajian menunjukkan bahawa trend arah canggaan adalah Barat Laut - Tenggara. Terdapat 8 cerun tanah yang telah dipilih untuk kajian ini. Cerun Ini kemudiannya dibahagikan kepada beberapa bahagian hirisan dan faktor keselamatan untuk setiap cerun kemudiannya dikira berdasarkan beberapa parameter. Berdasarkan analisis Model Hirisan yang telah dijalankan, nilai faktor keselamatan diperolehi pada julat antara 0.61 hlngga 1.63. Melalui nilai ini, dapat disimpulkan bahawa 7 daripada 8 cerun dipilih adalah tidak selamat kerana faktor keselamatan adalah kurang daripada 1.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | geological background, landslide, mitigation measures |
Subjects: | Q Science > QE Geology |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 06 Aug 2018 16:27 |
Last Modified: | 06 Aug 2018 16:27 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20684 |
Actions (login required)
View Item |