Kepekatan pestisid organoklorin pada spesies ikan Pangasius sp. dan Kryptopterus parvanalis di Sungai Kinabatangan

Bibi Noorarlijannah Mohammad Ali (2008) Kepekatan pestisid organoklorin pada spesies ikan Pangasius sp. dan Kryptopterus parvanalis di Sungai Kinabatangan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kepekatan pestisid organoklorin.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Sebanyak 28 sampel organ ikan (hari dan tisu otot) digunakan untuk menentukan kepekatan pestisid organoklorin dalam ikan. Selain itu, kajian ini juga menumpukan kepada hubungkait antara kepekatan ikan dan saiz ikan. Tujuan lain kajian ini turut membandingkan kepekatan pestisid organoklorin dengan had piawai berdasarkan Akta Makanan 1983. Spesies ibn yang digunakan untuk kajian ini adalah Pangasius sp. dan Kryptopterus parvanalis. Persampelan dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada musim kemarau dan musim tengkujuh di Sungai Kinabatangan. Sebanyak 1 hingga 2 g sampel ditumbuk sehingga hancur dan diekstrak dengan Soxhlet dan menggunakan campuran heksana dan aseton (9:1) sebagai pelarut pengestrak. Gas kromatografi-jisim spektrometri (GC-MS) digunakan untuk menganalisis sampel bagi menentukan kepekatan pestisid organoklorin dalam ikan. Namun begitu, keputusan analisis menunjukkan pestisid organoklorin adalah berada di bawah had pengesanan (O.2ppm). Maka, tiada perkaitan antara kepekatan pestisid organoklorin dan saiz bagi kajian ini disebabkan kepekatan di bawah had pengesan. Melalui kajian ini, ikan di Stmgai ini juga dapat disimpulkan sebagai selamat dimakan kerana tidak melebihi had piawai Akta Makanan 1983. Namun, keputusan analisis menunjukkan kehadiran pelbagai sebatian alifatik hidrokarbon pada tahap yang tinggi. Sebatian ini boleh memudaratkan organisma akuatik dan seterusnya mengganggu ekosistem.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: organochlorine pesticide, fish organ, liver, tissue muscle, concentration, Pangasius sp., Kryptopteros parvanalis
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 10 Aug 2018 14:33
Last Modified: 10 Aug 2018 14:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20696

Actions (login required)

View Item View Item