Penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi (ujian anti kulat, GSK-3ß, RAS-RAF dan PP1) terhadap spesis rumpai

Azlinah Matawali (2008) Penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi (ujian anti kulat, GSK-3ß, RAS-RAF dan PP1) terhadap spesis rumpai. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi .pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menguji kehadiran fitokimia (flavanoid, gula deoksi dalam kardium glikosida, tanin dan polifenol) serta aktiviti biologi seperti anti kulat (Candida albicans dan Candida krusei) dan anti kanser (pPl, GSK-3ß dan Ras-Rat) pada 10 jenis sampel rumpai yang telah dikmnpulkan disekitar kawasan Membakut dan Sepanggar, Sabah. Spesis rumpai diuji ialah Axonopus compressus, Lipocarpha chinensis, Chloris barbata, Imperata cylindrica, Milcania micarantha, Eleusine indica, Mimosa invisa, Paspalum conjugatum, Pasiflora feotida dan Chrysopogon aciculatus. Kesemua sampel diekstrak dengan menggunakan kaedah rendaman dalam 100010 (v/v) metanol dengan nisbah 1:6. Strain yis yang digunakan bagi ujian penyaringan anti kanser adalah PAY704- 1, PAY700-4, H10075 dan H10006. Hasil kajian menunjukkan kesemua sampel yang diuji tidak berupaya untuk merencatkan pertumbuhan C. albican dan C. krusei. Bagi ujian perencatan PP1, GSK-3ß dan Ras-Raf pula; hanya sampel M micarantha sahaja yang berupaya merencatkan PPI. Zon perencatan oleh sampel M micarantha adalah pada julat 14±0.5 mm hingga 22±0.5 mm bagi strain yis PAY700-4 dan 14±0.5 nun hingga 18±0.5 nun bagi strain yis PAY704-1. Manakala, tiada zon perencatan didapati pada ujian penyaringan GSK-3ß dan Ras-Raf. Bagi ujian penyaringan fitokimia pula, flavanoid serta gula deoksi dalam kardium glikosida didapati hadir pada kesemua sampel ujian. Walaubagaimanapun, kesemua spesis ujian menunjukkan basil negatif pada ujian tanin dan polifenol yang telah dijalankan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: weeds, flavanoids, deoxy sugar, cardium glycosides, tannin, polyphenols, anti fungal, anti cancer
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 10 Aug 2018 14:33
Last Modified: 10 Aug 2018 14:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20698

Actions (login required)

View Item View Item