Ali Razak and Wan Abu Bakar and Wan Azelee Wan Abu Bakar and Aris AZ and Azmi (2012) Degradasi Larutan Pewarna Azo Tekstil Menggunakan Sistem Heterogenan O3, O3/UL, O3/TIO2/UL DAN O3/H2O2/UL. Jurnal Teknologi C, 35 (1).
|
Text
Degradasi Larutan Pewarna Azo Tekstil Menggunakan Sistem Heterogenan O3.pdf Download (133kB) | Preview |
Abstract
Rawatan larutan pewarna azo tekstil, Sumifix Supra Blue BRF 150% Gran (SSBBRF) melibatkan sistem yang berbeza, O3, O3/UL, O3/TiO2/UL dan O3/H2O2/UL telah dikaji. Keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa degradasi larutan SSBBRF melalui sistem pengoksidaan berasaskan ozon adalah lebih efektif berbanding dengan sistem pemangkinanfoto. Darjah degradasi keserapan dan warna yang tinggi serta degradasi COD dan TOC yang ketara, menunjukkan bahawa sistem pengoksidaan yang berasaskan ozon berupaya memecahkan pewarna azo dalam air tercemar kepada spesies yang lebih terbiorawat. Keputusan yang diperoleh juga menunjukkan bahawa sistem pengozonan (O3 sahaja dalam keadaan gelap), dan sistem gandingan pengozonanfotopemangkinanfoto (O3/TiO2/UL) tidak menunjukkan perbezaan kadar degradasi pewarna azo yang ketara berbanding sistem pengozonanfoto (O3/UL) tetapi penambahan hidrogen peroksida (H2O2) ke dalam sistem O3/UL mampu meningkatkan lagi kadar degradasi pewarna azo. Perbandingan keupayaan sistem yang dikaji bagi degradasi pewarna SSBBRF adalah mengikut urutan: O3/H2O2/UL > O3/UL > O3/TiO2/UL > O3 > TiO2/UL. Proses pendegradasian pewarna SSBBRF mematuhi kinetik tindak balas tertib pertama pseudo dengan nilai pemalar kadar, k, dari julat 0.20 min–1 hingga 0.24 min–1 untuk 20 minit yang pertama.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Azo dye; photoozonation; photocatalysis; hydrogen peroxide |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | OTHMAN HJ RAWI - |
Date Deposited: | 19 Mar 2019 10:01 |
Last Modified: | 19 Mar 2019 10:01 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21657 |
Actions (login required)
View Item |