Siti Aisya Achmad (2007) Kajian keberkesanan pengurusan sisa pepejal di Pasar Besar Kota Kinabalu dan Pasar Tanjung Tawau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000053.pdf Download (5MB) | Preview |
Abstract
Kajian mengenai keberkesanan pengurusan sisa pepejal telah dijalankan di dua lokasi yang berbeza iaitu Pasar Besar KK dan Pasar Tanjung Tawau. Kajian ini dibuat bagi melihat sistem dan keberkesanan pengurusan sisa pepejal di kedua-dua lokasi kajian. Kajian ini juga di buat bagi mengetahui dan membuat perbandingan pengurusan sisa pepejal antara Pasar Besar KK dan Pasar Tanjung Tawau iaitu dari segi pengurusan logistik dan perkhidmatan dan juga bagi mengetahui pendapat peniaga-peniaga mengenai keberkesanan pengurusan sisa pepejal seterusnya mencadangkan alternatif pengurusan sisa pepejal yang lebih baik. Pengedaran borang soal selidik telah diadakan pada awal bulan September dan akhir hulan november 2006 untuk Pasar Besar KK dan Pasar Tanjung Tawau. Dari kajian yang dijalankan sistem pengurusan sisa pepejal Pasar Besar KK mempunyai enam bahagian manakala Pasar Tanjung Tawau hanya mempunyai lima bahagian iaitu hanya berbeza pada bahagian rawatan di mana rawatan yang dijalankan ialah menggunakan kaedah pengkomposan. Enam bahagian sistem pengurusan tersebut ialah penghasilan sisa, penyimpanan sisa, kutipan, penghantaran, proses rawatan dan yang terakhir ialah pelupusan. Analisis skor markah borang soal selidik mendapati kedua-dua pasar mempunyai sistem pengurusan sisa pepejal yang memuaskan untuk kedua-dua pasar. Daripada hasil analisis ujian Independent T-test mendapati nilai significant bagi logistik dan perkhidmatan bagi kedua-dua pasar iaitu (P<0.05 ). Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan keberkesanan pengurusan sisa pepejal di antara Pasar Besar KK dan Pasar Tanjung Tawau. Apabila dilihat pada nilai min pula di dapati bahawa nilai Pasar Besar KK lebih tinggi berbanding dengan Pasar Tanjung Tawau. Ini jelas menunjukkan bahawa sistem pengurusan sisa pepejal di Pasar Besar Kota Kinabalu dari segi logistik dan perkhidmatan Iebih baik dari Pasar Tanjung Tawau walaupun kedua-duanya dari nilai skor menunjukkan sistem pengurusan yang memuaskan. Antara alternatif pengurusan sisa pepejal yang dicadangkan ialah pengurusan sisa pepejal memerlukan suatu sistem atau pendekatan bersepadu dengan beberapa strategi yang meliputi kesedaran dan kempen alam sekitar, insfrakstruktur yang relevan, kawalan pelaksanaan dan perundangan serta penguatkuasaan yang tegas.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Solid waste management, Central Market Kota Kinabalu, Tawau Tanjung Market |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD172-193.5 Environmental pollution |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 17 Mar 2011 16:34 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 13:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2182 |
Actions (login required)
View Item |