Aktiviti Berbasikal: Pemangkin Kelestarian Kampus

HARIFAH BINTI MOHD. NOOR, 631102715308 and MARJA AZLIMA BT. OMAR, 730628095020 and Rosmiza M.Z (2018) Aktiviti Berbasikal: Pemangkin Kelestarian Kampus. GEOGRAFIA Online, 14 (3). pp. 85-100. ISSN 2680-2491

[img]
Preview
Text
Aktiviti Berbasikal Pemangkin Kelestarian Kampus.pdf

Download (128kB) | Preview

Abstract

Mengekalkan kelestarian kampus adalah salah satu cabaran dalam kehidupan warga kampus. Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengorak langkah mengamalkan kehidupan kampus berlandaskan ecoKampus sejak tahun 2013. Penggunaan basikal diperkenalkan sebagai pemangkin kepada kehijauan kampus UMS. Namun, sejauh manakah basikal berpotensi sebagai pengangkutan alternatif kepada warga kampus. Oleh itu, kajian bertujuan mengenal pasti ciri, faktor dan kekangan penggunaan mod pengangkutan alternatif ini dalam kalangan pelajar UMS. Kaji selidik dijalankan terhadap 300 pelajar UMS meliputi pelbagai unit kediaman (kolej), berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata. Analisis data menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi menerusi frekuensi, skor min purata dan khi kuasa dua. Penemuan kajian menunjukkan kebanyakan pelajar wanita, pelajar yang menginap dalam kampus dan pelajar tahun akhir mendominasi penggunaan basikal di kampus. Sebahagian besar aktiviti berbasikal hanya digunakan bagi tujuan riadah, manakala hanya peratus yang kecil sahaja untuk ke perpustakaan. Penggunaan berbasikal ke kuliah masih di tahap paling minima. Kesedaran terhadap faktor kesihatan adalah pemangkin utama penggunaan basikal, diikuti kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan kebolehsampaian yang tinggi. Namun, faktor cuaca, keselamatan dan kekurangan infrastruktur penyumbang utama basikal sukar dijadikan sebagai mod pengangkutan alternatif dalam kampus. Peningkatan peratus aktiviti berbasikal dalam kampus masih menjadi cabaran kepada pihak pengurusan universiti. Penambahbaikan infrastruktur dan mempergiatkan kempen penggunaan basikal dalam kalangan warga kampus dapat membantu peningkatan penggunaan basikal serta mengekalkan kelestarian kampus UMS

Item Type: Article
Keyword: aktiviti berbasikal, alam sekitar, basikal, ecoKampus, kelestarian kampus, mod alternatif
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Puan Dg Masniah Ahmad
Date Deposited: 29 Apr 2019 08:12
Last Modified: 29 Apr 2019 08:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21879

Actions (login required)

View Item View Item